Wednesday, December 22, 2010

Berehat Sebentar... Avoid ???

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.



Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir !!!!!
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Renungan kita bersama...

Kenalilah Rasulullah SAW - Manusia Paling Agung !!

Pepatah Melayu ada mengatakan “ Tak Kenal, Maka Tak Cinta “. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?

Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW .

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW

o Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
o Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
o Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
o Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
o Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
o Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
o Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
o Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

o Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

o Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
o Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

o Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
o Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

o Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
o Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

o Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
o Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
o Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

o Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
o Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
o Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

o Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
o Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
o Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

o Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

o Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
o Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

o Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

o Khadijah Binti Khuwailid.
o Saudah Binti Zam’ah.
o Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
o Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
o Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
o Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
o Zainab Binti Jahsy.
o Maimunah Binti Harith.
o Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
o Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

o Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
o Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN

1. Thuwaibah Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
5. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

o Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
o Aku melihat cahaya dari lidahnya.
o Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
o Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
o Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
o Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
o Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
o Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
o Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
o Wajahnya seperti bulan purnama.
o Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
o Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
o Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
o Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
o Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
o Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
o Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
o Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
o Janggutnya penuh dan tebal menawan.
o Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
o Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
o Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
o Rambutnya sedikit ikal.
o Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
o Rambutnya terbelah di tengah.
o Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
o Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
o Seimbang antara kedua bahunya.
o Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
o Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
o Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
o Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
o Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
o Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
o Warna putihnya lebih banyak.
o Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
o Warna kulitnya putih tapi sihat.
o Kulitnya putih lagi bercahaya.
o Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
o Badannya tidak gemuk.
o Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
o Perutnya tidak buncit.
o Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

* *Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. **

Tuesday, December 21, 2010

Doa, Zikir & Munajat yang Didengari ALLAH

Buku ini jd pilihan , mula nampak kat satu stesyen televisyen Malaysia yang pagi-pagi ada mengsipnosiskan buku-buku, jadi ibu yang selalu tengok stesyen TV nie pun berkenan, dan dok 'usya' dah ada ke belum kat pasaran. Lama juga nak dapat stok buku nie, Sekarang dah banyak sgt dah kat market.




Buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH ini mengandungi doa, munajat dan zikir dalam 4 bahagian termasuk kaifiat dan khasiat beramal dengannya:

1. DOA HARIAN dari bangun tidur hingga ke masjid dan ketika hendak tidur malam.
2. DOA DALAM KEADAAN TERTENTU seperti ketika bermusafir, tahniah kepada pengantin, ketika masuk ke pasar, dalam majlis, pada bulan puasa, mohon kuatkan iman dan doa pada hari-hari tertentu.
3. DOA MINTA PERLINDUNGAN daripada kesusahan, kesempitan hidup, ketakutan,gelisah, dukacita, menolak bala, ditimpa musibah, membayar hutang, kejahatan, dan kezaliman orang lain, menjauhi jiwa yang tidak tenteram, penyakit was-was, perlindungan anak kecil, merawat penyakit, mengusir syaitan dan gangguan sihir.
4. ZIKIR pada masa-masa tertentu, zikir yang disukai Allah, zikir hauqalah, zikir hasbalah, menghindar daripada api neraka, sebelum memulakan sesuatu yang penting dan banyak lagi.


Buku ini sangat comel, sebesar tapak tangan dan mudah dibawa ke mana-mana. Boleh dikatakan 1 muka surat, 1 doa dan disertakan kaifiat dan khasiat.

Terima kasih kepada Ust. Hj. Zahazan Mohamed dan Ust.Hj. Mohd Wahid Abd.Hanif, yang berjaya menampilkan kepada kita semua, panduan yang amat bermanfaat terutama ketika saat getir kita mengharapkan bantuan daripada Allah s.w.t.

tupperware-giveaway-casa-bonda

JOM JOIN !!!
:)
Tupperware Giveaway @ Casa Bonda
meh reramai klik untuk join



Hadiah Tajaan




Apa yang anda perlu buat nak dapatkan Tupperware kuning yg cumey itu?

* Anda perlu meneka nama Tupperware di atas (hints : boleh cari di DiniTupperwarekiosk di bahagian Dini's Gallery) - DONE!
* Email jawapan anda ke dinitupperwarekiosk@yahoo.com.- DONE!
* Buat satu entry bertajuk TUPPERWARE GIVEAWAY @ CASA BONDA - DONE!
* Letakkan gambar hadiah di atas pada entry dan side bar anda . Link it to http://bungakesidang.blogspot.com/ - DONE!
* Letakkan logo DiniTupperwarekiosk di atas dan link ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/ - DONE!
* Tinggalkan link entry anda pada bahagian komen.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 January

solatullah









sMoga Adelia jadi anak yg solehah..
Berjaya di dunia & akhirat ... ameenn..

Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin Baru :-)

Selamat Pengantin Baru :

Amir Firdaus (my kazen) n pasangannya Fazlin
Selamat menempuh fasa baru dalam hidup kalian.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
ameen..








Wednesday, December 1, 2010

oh ibu..

Betapa besar jasanya
Betapa murni kasih sayangnya
Mendidik dan mengasuhku
Hingga aku dewasa

Ibuku tercinta
Segala baktimu kuterima
Hanya Tuhan dapat membalasnya
Syurga diakhirat sana

Segala kesusahan
Segala penderitaan
Kau hadapi dengan sabar
Tanpa putus asa, gelisah, kecewa

Wahai tuhan ku
Ampunkan dosa Ibu Ayahku
Kasihanilah mereka
Seperti kau mengasihiku
Wahai Tuhanku
Redhakan Ibudan Ayahku
Kasihanilah mereka
Selamatkan dari azab neraka

Dedikasi untuk semua pembaca..anda rindu pada ibu anda?
Telefon lah ibu anda sebentar...cukup sekadar bertanya khabar...
Inilah yang ibu kita impikan...

Monday, November 29, 2010

kita bersaudara

”Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Hingga keadaan reda
Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan putus
Kila kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang tak berlima
Oh kita bersaudara
Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan akan akan putus”


Sayu hati bila dengar ni.. Membuak² rasa sayang pada adik-beradik..
posting ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang saya kenali samada hidup atau mati.. Jangan terasa pulak yer..Tulisan ini ditulis secara general jer ni atas dasar rasa nak memupuk kembali ikatan kekeluargaan di kalangan masyarakat kita..

Thursday, November 25, 2010

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DIDALAM KERUGIAN...





SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DIDALAM KERUGIAN...

Aku lalai selama ini.. aku leka selama ini.. tapi hari ini aku bersyukur pada Mu, kerana kembali menyedarkan aku tentang kehebatan aku (manusia), ciptaan Mu. Maha Suci Mu Ya Allah, ampuni aku & rahmati aku..

Dua mutira kata ini sudah cukup membuat aku bangun kembali mencari dan mengenali Siapa aku?

1.Jika orang berpegang pada keyakinan, maka hilanglah kesangsian.
Tetapi, jika orang sudah mulai berpegang pada kesangsian, maka hilanglah keyakinan. –Sir Francis Bacon.

2.Semangat manusia tidak akan pernah berakhir ketika dikalahkan,
semangat tersebut berakhir ketika manusia itu menyerah. -Ben Stein.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikannya,


assalamualikum w.b.t...
salam semut2!!! Senyum simetri



~ Demi Matahari - SNADA ~

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,

Demi bulan apabila mengiringi,

Demi siang apabila menampakkannya,

Demi malam apabila menutupinya,

Demi langit dan seluruh pembinaannya,

Demi bumi serta penghamparannya,

Demi jiwa serta penyempurnaannya,

Allah mengilhamkan kepada sukma kefasikan dan ketakwaannya,

Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikannya,

Dan rugilah orang yang mengotorinya.




;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;



Rasulullah S.A.W engkaulah cahaya
Engkaulah permata sinar hati umatmu
secerah gerhana bulan tiada dapat menyinar kegelapan dosa yang hitam..

Rasulullah S.A.W
Engkaulah makrifat Ilahi
payungMu terbuka luas
zaman berzaman tiada keraguan
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
lindungilah daku
payungilah daku
dari awal mula hingga akhirnya...
Islam Agamaku
Nabi Muhammad S.A.W Nabiku
RasulMu..

Ya Allah aku amat mencintaiMu...
Ya Allah aku amat mencintaiMu...
Ya Allah aku amat mencintaiMu........

Wednesday, November 24, 2010

anniversary-giveaway




jom2 ramai2 join GA nieh..
mudah je syarat2nya ye .. :_

1. Keutamaan bg yg jadi follower .
Pon Dah follow ~

2. Copy paste entry nie kat blog dan letak banner kat sidebar blog korang ..
~Pon Dah letak ... (cantik sgt banner nie .. )

3. Tag 2 org kawan .

Mummy pon nak tag .
~ norryabby
~ umikaklongasma

4. Letak link kat ruangan komen utk terjahan tuan belog ..
~ ok .. meta deh.. pon sudaaa...

5.Hadiah yg ditawarkan memang menawan qalbu
6.Tarikh tutup pada 26 nov 2010 ..

G`A-kecantikan-5




syarat penyertaan giveaway ini adalah: (Copy dr blog tuan giveaway)


mestilah follower blog ini...
buat satu post mengenai giveaway ini. simple pun tak mengapa. xperlu ada banner ;)

mempunyai blog, warganegara dan beralamat di Malaysia.
tinggalkan link penyertaan korang kat kota komen ni..

tarikh tutup penyertaan adalah pada 27hb November 2010 jam 10 malam

so apo laieee... jom terjah disini.. :)

G`A Pink Ribbon Keychain


alahai.. sweet kan... :)

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN
BY
http://no-no-eumi.blogspot.com/

ualls yg suke join G`A mcm mummy nie...
cepat join


klik sini :)

Saturday, November 20, 2010

g'a13-nov-28-nov-2010



Jom sertai sekarang !
Klik sini 4 further in4..
:)

Layanzzz.. very touching... ngee

FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

thanx en.somi ku :)

salam-ukhuwah


Let`s memeriahkan GA pertama anjuran Corat Coret Keyphochee..
15 Orang yang bertuah akan dapat Souvinier..
Mungkin rezeki utk kalian juga kali ini... :)
Apa tunggu lagi??

me 4lower ke 46 sudaaa...

Capet²..
Until
30 November 2010
Only

Friday, November 19, 2010

'it's our very first anniversary GA!!'



giveaway JOINED
organized by LULU and FAIZ
due on
23rd November 2010
nak join terjah disini!!
hurry up !!! :)

Selamat Hari Raya Qurban :)

salam aidiladha :)

kami beraya di rumah mak abah terchenta di RL 19.
Syoknya kerana berkesempatan solat raya berjemaah di masjid, Adelia tidak ketinggalan utk turut serta... Keterujaan melanda dirinya... hihihih.... ralit dok perhati lembu 7 ekor g bakal diqurbankan... Khabarnya ada seekor unta juga utk korban kali nih, tapi tak nampak pulak akan kelibatnya... Mungkin passport tak lepas barangkali....
Berkesempatan kami 3 beranak berziarah tiga empat buah rumah sahabat kamceng@kacep jaman sekolah mude remaja dulu n jiran² terdekat... huhuhu..
Insyaallah, hari esok kami pulang umah tokki pulox.

Hari² indah bersama keluarga.
sweet moment bila sumer adek beradik dapat berkumpul sama time raya nih... cukup corumn.. ngeee... aku suker !!!!
Alahamdulillah.... Ku amat bersyukur dengan nikmatMU yg tidak terhingga ini...

Koner ntah mood itu...

Mak aii...
Mana mood pigi nih?
Koner aok weh...
Bersawang level dewa dah page kawan nih...
Goner yak nak m`buatkan...
Baler, tenat betul bebudak nih...

Thursday, September 9, 2010

Marbahan Ya Ramadhan





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH MULIA INI...

SEMOGA IBADAT KITA DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T DAN LEBIH CEMERLANG DARI YG SEBELUMNYA..

ELAKKAN PEMBAZIRAN SEMASA MEMBELI BELAH DI PASAR RAMADHAN YAA.. :-)

hepi besday adelia

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-2

buat Nur Adelia

&

SELAMAT HARI MELAHIRKAN ADELIA YG KE-2

buat Ibu nya :-)


Buat Adelia....
tiada barang berharga untuk diberi kepadamu anakku..hanya doa kepada Allah yg dapat ibu & abah panjatkan buatmu semoga diperkenankanNYA..InsyaAllah..


Ya Allah…
Semoga anak dara ibu nie menjadi anak yang solehah
Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Ameen.


Abah dan ibu doakan semoga adelia menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat..ameen..




Friday, August 20, 2010

Teka-teki IMAM GHAZALI

uatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini  ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU  (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?  "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH  (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?  "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan orang lain apatah lagi saudaranya sendiri  "  

"sampaikanlah walau satu ayat.."

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

ga-datang-lagi




Cantik kan apron set ni?
Berminat untuk memilikinya?
Kalau jawapannya, YA...jangan lupa join GA dari Kelly's Life
Ada 10 apron set ( yellow ) untuk dimenangi



Syarat2 nya mudah sahaja : -
Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
Link kan blog Kelly's Life
Letak komen kat N3 ni
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je

Thursday, August 19, 2010

KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM:

KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM: 

PANDANGAN ISLAM TERHADAP SUAMI ISTERI BEKERJA

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Berkerja sebagai ibadah

ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhamad) ! Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat akan apa yang kamu kerjakan”. (al-Quran: Attaubah 105)

Oleh itu semua kita wajib bekerja, temasuk suami / isteri, untuk mencapai kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Hak dan kewajiban Suami adalah untuk melindungi isteri dan anak-anaknya, menyediakan segala keperluan hidup mereka seperti rumah tempat tinggal, memberikan nafkah perbelanjaaan, mendidik dan membimbing anak isteri ke jalan yang diredhai Allah. Hak dan kewajiban isteri pula, termasuklah mentaati suami, mengurus rumahtangga, mendidik anak ke jalan yang diredhai Allah, melayan suami, dan sebagainya. 

Semua kerja yang dilakukan jika sekiranya diniatkan kerana mematuhi dan mengharapkan keredhaan Allah, maka jadilah ia amal soleh. Semua amal perbuatan yang kita lakukan kerana mematuhi perintah Allah adalah IBADAH.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan ". (al-Quran: Annahl 97)

Isteri  Yang Berkerja

Di zaman serba canggih sekarang ini, ramai isteri terpaksa bekerja atas pelbagai sebab. Ada yang bekerja disebabkan untuk menanggung mak ataupun adik beradik yang masih kecil. Ada pula kerana ditinggalkan suami yang tercinta (meninggal dunia), bercerai, suami sakit dan sebagainya.

Meskipun demikian, jika kedua-dua suami isteri bekerja dan dapat menunaikan tugas masing-masing dengan baik, dan mematuhi perintah Allah dan RasulNya, dapat mencipta rumah tangga bahagia, dalam keadaan tenang dan tenteram, dan dalam hati kedua-duanya terpatri rasa cinta dan kasih sayang, saling hormat menghormati, sehingga melahirkan zuriat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, maka pekerjaan mereka telah mendapat barokah dan diredhai oleh Allah s.w.t, apa yang mereka kerjakan itu jika diniatkan kerana Allah menjadilah pekerjaan itu sebahagian daripada  IBADAH.

 
Cabaran Isteri Berkerja 

Sejak awal pagi lagi selalunya suami isteri yang berkerja akan ke pejabat. Mereka pulang setelah petang, malah ada yang sampai di rumah setelah malam hari kerana  kesesakan ataupun halangan lain di jalan raya. Penjagaan anak-anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pembantu, ataupun diserahkan ke Taska ataupun Tadika. 

Suami isteri tiba di rumah dalam keadaan penat, menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang, suami tidak  mendapat layanan, kesihatan  isteri selalu terganggu dan pertengkaran suami isteri menjadi lumrah. Keadaan ini bertambah parah jika berlaku  pendurhakaan anak-anak terhadap orang tua. Jika keadaan  ini berlanjutan, ini menunjukkan kita tidak dapat mengendali hidup dengan baik. Lebih teruk lagi boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Jadi, bahagia yang dikejar semakin jauh dari kenyataan, walaupun kemewahan wang ringgit sudah tercapai. 

Kita jangan lupa bahawa tujuan perkawinan ialah  untuk mencipta suasana aman tenteram dan kasih sayang suami isteri . Allah berfirman yang maksudnya: 

"Dan diantara tanda yang membuktikan Kekuasaan dan RahmatNya, bahawa la menciptakan jodoh dari dirimu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang." (al-Quran:  Arrum: 21) 

Oleh itu, kehidupan yang mesra dengan diliputi perasaan cinta dan kasih perlu terus dijaga meskipun kedua suami isteri bekerja, kerana suasana seperti ini akan menjadi contoh teladan bagi anak-anak kita. Supaya mereka tidak mengulangi kembali penderitaan yang telah dialami kedua orang tua mereka dalam kehidupan mereka. 

Kehidupan mesra yang penuh dengan kasih sayang boleh dicapai jika  suami-isteri saling berkerjasama, saling tolong menolong, dengan perasaan kasih sayang. Sediakan masa yang secukupnya untuk keluarga dengan pergi  berkelah misalnya. Sentiasa berbincang dan mengatasi segala kesulitan yang timbul secara bersama. Jika hal ini boleh kita ujudkan  insya Allah rumah tangga bahagia dapat dipertahankan.. 


Kita dan Harta Milik Allah

Bekerja kuat ketika muda adalah baik sekali, sebelum badan dimamah usia. Kita perlu pandai menggunakan pendapatan yang diperoleh  untuk simpanan dihari tua. Meskipun demikian kita jangan lupa, bahwa segala apa yang telah kita miliki itu adalah kepunyaan Allah s.w.t., yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu kita mesti pandai bersyukur atas segala nikmatNya, dan bila ditimpa musibah kita patut bersabar, dengan demikian hidup kita akan tenang, Insya Allah.

Bekerja adalah suatu kebajikan. Tolong menolong antara suami dan isteri adalah sesuatu yang dituntut oleh  Allah sebagaimana firmanNya  yang bermaksud: 

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan."(Al-Quran surah Al-Maidah: 2) 

Sebaliknya jika suami mampu menanggung semua keperluan hidup, dan isteri memilih bekerja dirumah sepenuh masa, maka itu adalah lebih baik. Kerana bekerja di rumah dan mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang berguna, bukanlah pekerjaan yang mudah. Meskipun ada pembantu rumah, sudah tentu penjagaan dan didikan seorang ibu lebih daripada  penjagaan dan pendidikan pembantu rumah. 

Atas sebab ini, ada isteri-isteri  yang mengorbankan pekerjaan mereka, demi rumah tangga. Pendidikan yang tinggi yang mereka dimiliki akan membantu  mereka dalam  membina masa depan yang cemerlang untuk anak-anak.

Nabi s.a.w. telah mengingatkan kita: 

"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, atau Nasrani atau Majusi." (H.R.Abu Ya’1a, Thabrani, dan Baihaqi) 

Tujuan pendidikan Islam ialah untuk menyiapkan anak-anak kita, supaya jika mereka dewasa nanti mereka boleh melaksanakan dengan baik pekerjaan dunia dan amalan akhirat, sehingga tercipta kebahagiaan dunia dan kebahagiaan di akhirat, Untuk itu mereka perlu dididik menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Perlulah kepada mereka diberikan didikan keimanan, akhlak, ibadah solat, puasa, dan sebagainya, dan mereka perlu dibimbing kejalan yang diredhai Allah. 

Sudah tentu mereka perlu mendapat pendidikan untuk mengerjakan berbagai Ilmu Pengetahuan keduniaan lainnya seperti berdagang, berternak, bertukang, menjadi guru, petani, semua ini meskipun kelihatan keduniaan jika sekiranya diniatkan kerana Allah jadilah ia ibadah., kerana semua ini juga perintah Allah supaya kita memakmurkan bumi ini sebagai mana firmanNya yang bermaksud: 

"Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya". 

(al-Quran:  Hud: 61)

Untuk meujudkan generasi muda harapan Ummat sedemikian rupa, maka amat diperlukan suatu keluarga bahagia, keluarga yang menjadi contoh teladan, suami isteri yang rukun dan damai, dimana, suasana tulung menulung adalah menjadi amalan harian, suasana aman tenteram sebagaimana menjadi tujuan dan perkawinan menjadi kenyataan. 

Baginda Rasulallah s.a.w. dan keluarganya adalah tempat rujukan kita yang utama. Sejarah telah mernbuktikan, betapa rasa cinta dan kasih sayang Nabi s.a.w. terhadap isterinya Siti Khadijah demikian pula sebaliknya. Demikian pula betapa kasih sayang anak Baginda Fatimah Azzahra terhadap ayahandanya dan suaminya adalah menjadi contoh teladan bagi kita yang sebaik-baiknya.


Kasih Sayang Terhadap Isteri

Kasih sayang Nabi s.a.w terhadap isterinya Khadijah bukan saja ketika hidup, malah sehingga Khadijah wafat, Nabi masih selalu menyebut-nyebut jasa baik Khadijah, sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada Aisyah. Nabi s.a.w. tak dapat melupakan jasa bakti Khadijah ketika Baginda masih dalam kesusahan. Khadijah telah mengorbankan seluruh apa yang ada padanya demi untuk perjuangan menegakkan Islam. Kasih sayang Nabi kepada isterinya Khadijah bukan saja ketika masa hidup Khadijah, malah hingga wafatnya, sehingga selama hayat Khadijah Nabi s.a.w. hanya seorang saja isterinya, yaitu siti Khadijah. 

Demikian pula ananda Baginda Fatimah Azzahra, telah bekerja keras membina rumah tangga bahagia, bersama suaminya yang tercinta, sehingga pecah-pecah tangannya kerana mengisar gandum, untuk makanan sekeluarga. Pernah suaminya mengesyorkan kepada Fatimah supaya menemui ayahnya untuk meminta sekedar bantuan pembantu rumah untuk meringankan tugas harian yang dialaminya. 

Meskipun begitu kasih sayang Nabi s.a.w. kepada anandanya Fatimah, kerana Fatimah memang semenjak kecilnya ikut mengalami penderitaan yang dialami ayahandanya ketika Nabi s.a.w. mula menegak, mempertahan dan memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. sedang sujud mendapat gangguan dari orang Quraisy, mereka meletakkan kotoran binatang dibelakang tubuh Nabi s.a.w. maka ketika itu dengan tangisan seorang anak kecil, Fatimah membuang kotoran itu dari tubuh Nabi s.a.w. 

Meskipun begitu rapat hubungan antara Nabi dan Fatimah, tapi Nabi tidak memanjakan Fatimah malah Nabi s.a.w. menasihatkan Fatimah Azzahra supaya tetap bersabar atas cubaan Allah s.w.t. itu, kepada Fatimah Azzahra, nabi s.a.w. mengajarnya supaya membaca kalimah Subhannallah 33 x, Alhamdulillah 33 x, Allahu Akbar 33 x, setiap selesai solat, dan juga ketika hendak tidur dimalam hari, pesan Nabi s.a.w. telah diamalkan oleh Fatimah Azzahra, dan juga amalan ini, biasa telah diamalkan oleh ummat Islam. 

Oleh kerana kesetiaan dan kasih sayang Fatimah terhadap suaminya Saidina Ali bin Abi Tbalib k.w. kita tahu selama Fatimah Azzahra masih hidup isteri Saidina Ali hanya sorang saja.

Pergaulan suami isteri

Mudah-mudahan hal ini menjadi pelajaran bagi kita Ummat Islam supaya suami sentiasa bergaul dengan isterinya dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan, demikian sebaliknya demi untuk mencipta rumah tangga bahagia, sebagai contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan anandanya Fatimah Azzahra. Kewajiban suami bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, sopan santun dan menghargai dan menghormati isterinya Allah berfirman yang bermaksud: 

“... dan gaulilah mereka (isteri) dengan baik dan sopan, penuh pengertian dan bila ada sesuatu yang tidak kamu sukai padanya (hendaklah kamu sabar) boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang banyak didalamnya. 

(al-Quran surah Annisak: 19) 

Amat menyedihkan pergaulan yang mesra dan penuh cinta dan kasih sayang hanya ketika belum menjadi suami isteri. Ketika itu banyaklah kata-kata yang indah dan puja puji kita nyatakan. Akan tetapi setelah menjadi suami isteri perasaan cinta dan kasih sayang itu semakin lama semakin pudar, masing-masing mulai melihat segala kekurangan pasangannya, yang berakhir dengan keinginan berpisah. 

Amat malang jika perceraian itu dibuat secara terburu-buru, malah ada yang sampai hati hanya dengan menggunakan SMS. Meskipun perceraian itu dibenarkan, akan tetapi itu adalah jalan yang terakhir sekali  perceraian itu meskipun halal tapi amat dibenci oleh Allah dan RasulNya, kerana akibatnya amatlah besar, terutama sekali terhadap anak-anak yang menjadi korban perceraian. 

Jadi Islam membenarkan suami isteri bekerja asalkan pekerjaan itu sesuai untuk kedua, suami isteri dan dalam keredhaan Allah s.w.t. Untuk itu perlulah kita menguatkan Iman kita dengan mengikut perintah Allah dan RasulNya, dan kedua-dua suami isteri perlu. menjaga kerukunan dan ketenangan , dan dapat melahirkan zuriat yang baik untuk kebahagiaan hidup sekeluarga didunia hingga ke akhirat, dan lahirlah keturunan yang berguna, untuk agama, bangsa dan negara dan berguna pula untuk Ummat seluruhnya.

Roh Di bulan Ramadhan

sesame la kite besedekah... pada roh roh tu


" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"



Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan
mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat
berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda
telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan
beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan
mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam
kebaikan.

libur "family Dayz" malacca

Family dayz opis abah kat bumi hang tuah..















jalan² jamu mata itam dan puteh di kg morten



































kakak ya nak test bola² api yg mana? :)





















sinyum simpul²



jalan² cari makan di umbai.... :)
kasi clear yer... senang tokey nak kemas.. :)


soping n moping