Wednesday, December 22, 2010

Berehat Sebentar... Avoid ???

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.



Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir !!!!!
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Renungan kita bersama...

Kenalilah Rasulullah SAW - Manusia Paling Agung !!

Pepatah Melayu ada mengatakan “ Tak Kenal, Maka Tak Cinta “. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?

Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW .

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW

o Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
o Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
o Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
o Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
o Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
o Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
o Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
o Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

o Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

o Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
o Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

o Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
o Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

o Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
o Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

o Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
o Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
o Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

o Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
o Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
o Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

o Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
o Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
o Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

o Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

o Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
o Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

o Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

o Khadijah Binti Khuwailid.
o Saudah Binti Zam’ah.
o Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
o Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
o Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
o Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
o Zainab Binti Jahsy.
o Maimunah Binti Harith.
o Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
o Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

o Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
o Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN

1. Thuwaibah Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
5. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

o Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
o Aku melihat cahaya dari lidahnya.
o Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
o Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
o Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
o Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
o Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
o Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
o Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
o Wajahnya seperti bulan purnama.
o Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
o Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
o Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
o Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
o Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
o Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
o Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
o Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
o Janggutnya penuh dan tebal menawan.
o Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
o Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
o Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
o Rambutnya sedikit ikal.
o Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
o Rambutnya terbelah di tengah.
o Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
o Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
o Seimbang antara kedua bahunya.
o Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
o Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
o Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
o Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
o Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
o Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
o Warna putihnya lebih banyak.
o Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
o Warna kulitnya putih tapi sihat.
o Kulitnya putih lagi bercahaya.
o Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
o Badannya tidak gemuk.
o Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
o Perutnya tidak buncit.
o Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

* *Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. **

Tuesday, December 21, 2010

Doa, Zikir & Munajat yang Didengari ALLAH

Buku ini jd pilihan , mula nampak kat satu stesyen televisyen Malaysia yang pagi-pagi ada mengsipnosiskan buku-buku, jadi ibu yang selalu tengok stesyen TV nie pun berkenan, dan dok 'usya' dah ada ke belum kat pasaran. Lama juga nak dapat stok buku nie, Sekarang dah banyak sgt dah kat market.




Buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH ini mengandungi doa, munajat dan zikir dalam 4 bahagian termasuk kaifiat dan khasiat beramal dengannya:

1. DOA HARIAN dari bangun tidur hingga ke masjid dan ketika hendak tidur malam.
2. DOA DALAM KEADAAN TERTENTU seperti ketika bermusafir, tahniah kepada pengantin, ketika masuk ke pasar, dalam majlis, pada bulan puasa, mohon kuatkan iman dan doa pada hari-hari tertentu.
3. DOA MINTA PERLINDUNGAN daripada kesusahan, kesempitan hidup, ketakutan,gelisah, dukacita, menolak bala, ditimpa musibah, membayar hutang, kejahatan, dan kezaliman orang lain, menjauhi jiwa yang tidak tenteram, penyakit was-was, perlindungan anak kecil, merawat penyakit, mengusir syaitan dan gangguan sihir.
4. ZIKIR pada masa-masa tertentu, zikir yang disukai Allah, zikir hauqalah, zikir hasbalah, menghindar daripada api neraka, sebelum memulakan sesuatu yang penting dan banyak lagi.


Buku ini sangat comel, sebesar tapak tangan dan mudah dibawa ke mana-mana. Boleh dikatakan 1 muka surat, 1 doa dan disertakan kaifiat dan khasiat.

Terima kasih kepada Ust. Hj. Zahazan Mohamed dan Ust.Hj. Mohd Wahid Abd.Hanif, yang berjaya menampilkan kepada kita semua, panduan yang amat bermanfaat terutama ketika saat getir kita mengharapkan bantuan daripada Allah s.w.t.

tupperware-giveaway-casa-bonda

JOM JOIN !!!
:)
Tupperware Giveaway @ Casa Bonda
meh reramai klik untuk join



Hadiah Tajaan




Apa yang anda perlu buat nak dapatkan Tupperware kuning yg cumey itu?

* Anda perlu meneka nama Tupperware di atas (hints : boleh cari di DiniTupperwarekiosk di bahagian Dini's Gallery) - DONE!
* Email jawapan anda ke dinitupperwarekiosk@yahoo.com.- DONE!
* Buat satu entry bertajuk TUPPERWARE GIVEAWAY @ CASA BONDA - DONE!
* Letakkan gambar hadiah di atas pada entry dan side bar anda . Link it to http://bungakesidang.blogspot.com/ - DONE!
* Letakkan logo DiniTupperwarekiosk di atas dan link ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/ - DONE!
* Tinggalkan link entry anda pada bahagian komen.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 January

solatullah









sMoga Adelia jadi anak yg solehah..
Berjaya di dunia & akhirat ... ameenn..

Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin Baru :-)

Selamat Pengantin Baru :

Amir Firdaus (my kazen) n pasangannya Fazlin
Selamat menempuh fasa baru dalam hidup kalian.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
ameen..








Wednesday, December 1, 2010

oh ibu..

Betapa besar jasanya
Betapa murni kasih sayangnya
Mendidik dan mengasuhku
Hingga aku dewasa

Ibuku tercinta
Segala baktimu kuterima
Hanya Tuhan dapat membalasnya
Syurga diakhirat sana

Segala kesusahan
Segala penderitaan
Kau hadapi dengan sabar
Tanpa putus asa, gelisah, kecewa

Wahai tuhan ku
Ampunkan dosa Ibu Ayahku
Kasihanilah mereka
Seperti kau mengasihiku
Wahai Tuhanku
Redhakan Ibudan Ayahku
Kasihanilah mereka
Selamatkan dari azab neraka

Dedikasi untuk semua pembaca..anda rindu pada ibu anda?
Telefon lah ibu anda sebentar...cukup sekadar bertanya khabar...
Inilah yang ibu kita impikan...