Tuesday, May 26, 2009

Safety Tips (Persekitaran Selamat)

SEWAKTU hidup sebagai suami isteri, banyak peralatan dan perhiasan dalam rumah boleh diletakkan di mana saja yang anda inginkan.

 Namun, apabila bilangan keluarga bertambah dengan kehadiran si kecil,anda mula perlu mengalihkan peralatan yang mungkin boleh membahayakan keselamatan anak.

 Bermula daripada anak mula belajar mengengsot menggunakan dua tangan dan punggung, merangkak dan berdiri, peralatan dalam rumah yang boleh membahayakan akan dialihkan beransur-ansur hingga keadaan rumah jauh berbeza berbanding ketika anda memasuki rumah untuk memulakan hidup berkeluarga.

 Tiada lagi pasu bunga, benda tajam atau barangan mudah pecah yang diletakkan di lantai atau tempat yang difikirkan boleh dicapai oleh anak. Malah, ada ibu bapa yang mula memikirkan untuk tidak memakai alas meja kerana khuatir ia ditarik anak menyebabkan barangan di atasnya pecah atau berselerak.

 Persekitaran yang selamat diperlukan untuk anak bergerak dengan mudah.Pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada anak anda akibat kecuaian seperti terhantuk pada bucu tajam, termakan benda kecil, kotor atau yang membahayakan, juga terkena benda panas atau tajam.

 Langkah pencegahan dan sikap berhati-hati perlu ada dalam diri ibu bapa bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa anak anda.


Berikut adalah panduan untuk ibu bapa menyediakan persekitaran yang selamat untuk bayi.;

 Pasang pagar pada tangga atau tempat kurang selamat, misalnya pintu ke bahagian dapur. Pagar khusus itu biasanya dijual di butik bayi atau pasar raya.

 Rumah biasanya dipenuhi pelbagai barangan dan peralatan yang boleh membahayakan kanak-kanak. Simpan bahan beracun di tempat khusus, manakala benda tajam seperti peralatan dapur disimpan di tempat yang tidak mudah
dicapai bayi.

 Elak meletak air minuman panas di meja kopi tanpa anda memantau pergerakan si kecil. Kelalaian boleh menyebabkan kemalangan pada anak iaitu apabila dia menarik alas meja
atau mencapai cawan hingga menyebabkan kulit melecur.

 Jangan letak benda panas seperti cerek, periuk atau seterika di lantai atau tempat yang mudah dicapai anak.

 'Walker' hanya digunakan ketika anak dalam pengawasan anda, bukan sepanjang masa. Pantau pergerakan anak supaya dia tidak menggunakan walker untuk mendekati dapur atau benda panas.


 Sentiasa kunci pintu bilik air dari luar bagi mengelak anak kecil memasukinya. Jangan biarkan baldi atau besen mengandungi air kerana jika terleka, anak anda mungkin bermain air yang boleh menyebabkannya lemas.

2 comments:

  1. alang-alang ko dah duduk kat libery tu... postlah tips2 untuk ibubapa dan anak2...

    ReplyDelete