Sunday, June 19, 2011

Senyum... Tak perlu kata apa-apa




Kak Yong yg suka sangat nyanyi lagu senyum nih...
kekadang tak paham ulas butir pun bait² sebutannya.. hihih...

Senyum


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Oh Ibu..Betapa besarnya Anugerah Allah berikan sifat mulia kepadamu.. kasih sayangmu suci kepada insan yang bernama anak..

Diperpanjang dari emel seorang sahabat..

Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah
yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi,
anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang
menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini
adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai
anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar
perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan
ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan
lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk
dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak
berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya
menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah
pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.
Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat
terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.
Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang.
Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana
kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu
mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan
menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu
tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan
disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga
mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu
tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.
Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih
sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan
anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya
berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam
ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan
agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek
kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa
ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada
ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk
pada ibu.

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah
ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air
yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa
berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh
ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan
di atas gurun tadi.Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan
ini.



aduhai... very touching...

‘The greatest gift to your baby is when you breasfeed your baby’. Pada bakal2 ibu terutamanya baby pertama kuatkan semangat dan tanya kawan² (perempuan la) macamana nak stimulate susu. Di alam maya pun alotz info... manyak!!! rajin² gali yer.. :-) haku ler tu...
Bagi sesiapa yang latar belakang family xde yang breastfeed, kena banyak sabar dengan dugaan… isteri terutamanya… biasala, di awal2 bersalin, susu tak banyak.orang sekeliling akan cakap risau susu tak cukup n cakap “kesian baby”…tapi kita kena explain yang susu awal tak perlu banyak kerna perut baby hanya sebesar guli. So, memang tak perlu minum banyak… Allah Maha Besar dan Bijak dalam PerancanganNYA…
si suami pula harus sentiasa memberi sokongan.Pada masa yang sama hendaklah mencari ilmu berkaitan breastfeeding n jangan malu bertanya dan berkongsi pendapat dengan kawan2…

Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).

Sayangilah anak kita yang merupakan pelaburan besar di akhirat kelak. Dunia sekelip mata akhirat kekal abadi.

Happy Father's Day!



saya sayang kalian !!!!

HAPPY FATHER'S DAY KEPADA ABAH ANAK² SAYA, KHAIRUL ANNUAR OTHMAN.

Happy Father's Day to all the amazing daddies out there..

Especially to my husband, the most loving, caring, and fun dad I ever met, I am so honoured that you are the father to my children. They are so lucky to have you and so am I..


My Abah (Rifin Sulaiman@Malek@Lat), who was the best father a daughter could ask for, there was not one thing this man would not have done for me...I love you and miss you so much..


My Abah (FIL)Othman Awang Kechil, the man who has welcomed me into his family with open arms and truly make me feel like his daughter. I am so glad that you are my Abah too now..





Abah n eyndak - Zulkarnain..



Bapa Mertuaku - Mesti jumpa ... :-)


Abg Long -Saiful Bahari (dads of 3 beautiful kidz)

Abg Ngah - Sairul Adzhar (dads of 2 amazing kidz)


Amteh Amer@Jumlay - yg ni going to be.... huhuhu...

Monday, June 6, 2011

Petua Murah Rezeki

for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata:
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"..........
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
"Ya Allah !! Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil. Ameen.. Ya Rabbal Alamin..

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.......jadi hantu loceng..........

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

POSITIF DITEMPAT KERJA

Be Positif.. :-)

Jez sharing..

Hati Berkualiti Dalam Kerja
Jadikan Kualiti Teras Kehidupan Kita
Prestasi Kerja yg Cemerlang Melalui Jalinan Hati yg Berkualiti
Make Quality as a Our Life Basic


Buah Drpd Hati Berkualiti
Bahagia Apabila Melihat Orang Bahagia
Sentiasa Ceria Pada Wajahnya
Menghargai Setiap Pemberian
Seronok Melaksanakan Urusan
Tidak Mengharapkan Balasan
Suka Buat Baik dan Usaha Elakkan yg Tidak Baik
Rumah Tangga Aman Bahagia Sentosa


sekadar berkongsi....

sekadar berkongsi....
utk perbaiki diri saya sendiri di samping mengingatkan sesama kawan²...

“Jika kita dapat menyukakan hati orang, seorang sehari pun sudah memadai untuk melatih diri kita sendiri menjadi manusia yang lebih baik.

Kadangkala kita tidak menyukai apa yang dilakukan oleh orang lain. Lalu kita memberitahu, “saya tidak suka kamu melakukan perkara ini”. Ia tidak dinyatakan kenapa, apa sebabnya dan di mana buktinya. Ia boleh menyebabkan orang berkerut dahi bertanya-tanya kenapa. Ia tidak melahirkan senyuman di bibir.

Menerima teguran itu pahit tetapi teguran yang disampaikan dengan cara yang betul sangat manis. Ia boleh menyukakan hati penerima.

eyndak...

Iyo oo. ooo je eyndak nie mengulas...
:-)alang² yer, bukan mudah diberi peluang kan..

Btw, wish u luck young bro... :-)
Dia ni ler yg paling² kuat ya amat dlm bab nyakat anak² buah dlm keluarga kami...
Doa mak abah n family terchenta ini tak pernah jemu mengiringimu selalu...
Jauh lagi perjalananmu adindaku..
Dun noti² sgt yer dek..







Thursday, June 2, 2011

Doa utk Ibu Bapa

Aku rasa senang hati apabila keluarga di sisi
Aku rasa senang hati apabila anak² ada didepan mata
Aku rasa senang hati apabila semuanya ada
Semoga yg baik berterusan.. ameen..


Hadis Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari”



-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa² anakmu...

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada kawan zaman tadika lagi...
Siti Nurhairizi a.k.a Kakde dgn pasangannya...
Selamat disatukan mempelai ini pada 28 Mei yg lalu
Semoga berbahagia selalu hingga akhernya.. ameen..
Selamat berjuang utk menjadi isteri & ibu terbaek!!! :-)








Menumpang tuwey beraksi di pelamin indah.



Juga sekalung tahniah buat opismate (Zainudin dan Fatehah)
Semoga berbahagia selalu dan cepat² dapat ahli keluarga baru...
Gambar nih, sehari sebelom aku bersalin (26 Mac 2011)... Alhamdulillah, dapat jugak aku merasa nasi minyak ngko din oiii... ngeee


start menoreh daaa...

Akhernya.... Hari utk masuk duty sudah bermula.... Selamat datang ke lokasi petak noreh terchenta.. Tempat saya cari makan... cari rezeki yg halal... :-) Bermulalah routine yg telah lama saya tak hadap setelah bercuti bergaji penuh selama 60 ari..
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu ini dlm melaksanakan kerjaannya sehari².. Hindarilah dari sifat malas dan yg seangkatan dgnnya... Aku yg hina dan kudus ini mohon barakath padamu Ya Allah..


Bersiap siaga utk memulakan kerjaan... :-)
Bertambah lagi 1 beg bembet, pumping time!!!
Enjoy ur pumping mommy!!!


Nana jgn nowthi² yer... Ibu gi noreh dulu... :-)




Alhamdulillah, syukur nekmat kpd Tuhan yg memberi rahmat!!!...



With gitar kapak kak yom... hahahhaa... sayang adek nana manyak² tau..


Time maseh berjambul... kejap ada...

Ghaib daaa jambulnya... dikerjakan abahnya... :-)


Mdm Ana yg bakal menambah ahli kabinetnya tak lama lagi... Semoga dipermudahkan segalanya.. ameen... :-) seronoknya ada baby... huhuuhu....


Our Tummy Luv... ngeee..

Kasehnya Ibu

Kasehnya Ibu... membawa ke syurga...
Alhamdulillah, rezeki anak namanya.... rezki utk maknya jgk coz dapat present. :-)
Spnjg duk di umah dari bulan 3-5 (sempena confinement) hehehe... anta la contest kat karangkraf, tanda support tu... hehhee... apapun, thanx en.suami yg rajin belikan mgzn pojaan ramai ibu² di melesia nih... juga ringan membanting tulang pilihkan gambo n anta coci kat kedai photo, juga tolong carikan stem n poskan kat acik posto. trillion thanx dear. :-)
btw, melayan ibu dlm sesi berpantang memang besar dugaan & ragamnya.. silap² bley meroyan !! nauzubillah...

Hayya Alal Falah... ngeeee...



Keluaran Jun 2011, Jom terjah apo yg menarik di dlm...


Intai² apo tu? :-)


usha jgn tak usha... :-)
Me antara jutaan ibu² sedunia sejagat yg support b`f.
Pastinya kalian jugakan.... :-) Alhamdulillah..


Tiada harta ribuan ringgit yg dapat ibu beri, hanya titisan suci ini yg ibu mampu berikan duhai anak²ku...
Ya Allah, kau kurniakanlah kepada kami zuriat yg soleh & solehah..
Permudahkan urusan kami sehari²... ameen.

Thursday, May 26, 2011

Happy Anniversary.. :-)



Semoga rumahtangga kita dalam rukun aman damai, bahagia, murah rezeki, penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah disamping anak² pengikat kaseh kita, kekal dalam pegangan islam...... Suamiku Imamku....
Trillionssss Thanx for Everything dear... :-) tak dapat nak elaborate pepanjang... ehehhee... serba serbi la termasuk segi 3 dan segi 4.. wink².. wink²...

And I pray , I wanna be with him forever in Jannah . Ameen...

Saturday, May 14, 2011

Semoga dipermudahkan olehNYA


opismate yg nak buleh org baru jugak... :) gambar nih taken 2 ari sblom aku deliver. thanx cik lan (tabek b0s)tlg amekkan gambar 2 mak buyung cumey nih.. huhuhu...

Jaga diri & kandunganmu baek² ija... menghitung ari dah nie..
Aku doakan sumer selamat dan dipermudahkan segala urusan. ameen...

maafkan mereka...

Entah bagaimana kacau bilaunya perasaan si anak yang menjadi kakak di usia 2 tahun 6bulan itu. Masih kecil, masih belum mengerti apa-apa.

Entah betapa kecewanya dia, mungkin merasakan ibu sudah tidak sayangkannya sejak si adik menjengah dunia.

Entah betapa sedihnya dia menghadapi situasi yang berlarutan beberapa minggu ketika saya menjalani tempoh berpantang.

Mengenangkan jahilnya saya ketika itu, betapa saya ini tidak pandai mengurus emosi. Si anak menjadi mangsa.

Kerana itulah, airmata si ibu ini mengalir laju taktala membaca kesah di 1 emel yg diperpanjangkan sahabat. Kisah yang diceritakan oleh seorang ibu, perihal anaknya yang terlalu nakal.

Rumah yang sudah cantik dikemas oleh si ibu disepahkannya. Berulang kali, meskipun sudah dimarahi.

Si ibu ini sudah hilang sabar. Suatu hari, ditariknya telinga si anak bila dia menyepahkan rumah. Diajarnya pada si anak, agar setiap kali ibu menarik telinganya kerana kenakalannya, si anak perlu berkata: “Ibu, maafkan abang”.

Suatu hari, saat ibu sibuk memasak di dapur, si anak seperti biasa membuat sepah di ruang tamu yang telah dihias rapi oleh ibunya.

Ibu meradang. Si anak ketakutan dan lari ke luar rumah.

“Dummmm!!!”. Kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah.

Sudah terlambat, saat si ibu meluru keluar, anaknya sudah terbaring di atas jalanraya. Darah merah memenuhi jalan.

Si ibu memangku si anak yang sudah nazak.

Dengan bibir terketar-ketar..si anak menuturkan kata-kata yang cukup mengusik hati si ibu:

” Ibu…maafkan abang.”. Si anak minta maaf kepada ibu kerana telah menyepahkan rumah tadi. Dan itulah ungkapan terakhir anak buat si ibu….

Saya mengesat airmata yang berlinangan. Mengenang saat saya memarahi anak dara saya.

Menyalahkan diri sendiri. Sukarkah memberi maaf pada anak? Kita juga pernah kecil seperti mereka. Bersabarlah wahai ibu! Maafkan mereka..

Hargailah saat mereka ada di depan mata. Kerana kita tidak tahu, sampai bila ianya akan begitu. Saat ia hilang, ia tentu satu perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan.

Nakal anak tangani dengan hikmah.

Marah hanya membuatkan mereka keras hati. Berdoalah untuk mereka, kerana doa seorang ibu, sangat mustajab buat anaknya.

Anak-anak itu adalah rezeki. Hadirnya mereka bersama ujian, cabaran buat mematangkan ibu bapa. Sabar itu harus dipupuk sentiasa. Gerun saya memikirkan, anak-anak andai sentiasa dimaki, diherdik, ditengking ibu bapa sendiri yang tidak pandai mengurus emosi, bagaimana emosinya di saat membesar? Akan jadi pendendamkah anak-anak itu nanti?

Duhai ibu, ingatan utk dii sendiri...
Marah itu mudah. Sabar itu indah.


Si kakak yang mula-mula mengajar ibu ERTI SABAR.

Selamat Hari Ibu



Perjalanan 4 tahun ini 1001 hikmah. Ku merenung ke belakang. Mengenang di sana ada seorang wanita yang kian dimamah usia.

Dia jarang menzahirkan ucapan kasih-sayang.

Kata-katanya kadang-kadang banyak melarang itu dan ini. Cara orang tua dulu-dulu mendidik anak.

Namun, wanita itulah yang ku dambakan doanya setiap saat. Gelisah jika sudah lama tidak menelefon bertanya khabar, rasa jiwa kosong bila sudah lama tidak menjejak kampung halaman, meskipun beberapa kilometer cuma..

Supiah Abdul Rahman – ibu yang melahirkan aku ke dunia ini. Walau dengan seisi dunia, aku tidak mampu membalas jasanya. Betapa besarnya pengorbananmu !!

Shamsiah Abd Latif – ibu mertua yang melahirkan pendamping hidupku … aku kagum dengan ketabahannya menongkah arus kehidupan dengan karenah anak pelbagai.

Kedua mereka, adalah kunci Syurga buat kami.

Selamat Hari Ibu! Saya sayang mak !!! Sayang sangat²!!!
Terima kaseh mak!!!

Miracle.. it's A Princess!

As-Salam kepada yang mengunjungi...

Maaf dah lama tak berN3...
sedikit n3 utk yg sudi berkunjung ke sini... masih perintah b`kurung lagi nih...huhu!

Adelia dah jadi kakak!!!

Tarikh 27 Mac 2011 me selamat melahirkan puteriku ini...
yang kami suami isteri sepakat membawa berkat menamakan...
NUR AFRINA

Anugerah Ilahi yang tidak ternilai... Syukur atas kurniaannya...
Syukur !! Syukur!! Syukur !! Sujud Syukur kehadratMU!!
Alhamdulillah dipermudahkan segalanya..