Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Ibu



Perjalanan 4 tahun ini 1001 hikmah. Ku merenung ke belakang. Mengenang di sana ada seorang wanita yang kian dimamah usia.

Dia jarang menzahirkan ucapan kasih-sayang.

Kata-katanya kadang-kadang banyak melarang itu dan ini. Cara orang tua dulu-dulu mendidik anak.

Namun, wanita itulah yang ku dambakan doanya setiap saat. Gelisah jika sudah lama tidak menelefon bertanya khabar, rasa jiwa kosong bila sudah lama tidak menjejak kampung halaman, meskipun beberapa kilometer cuma..

Supiah Abdul Rahman – ibu yang melahirkan aku ke dunia ini. Walau dengan seisi dunia, aku tidak mampu membalas jasanya. Betapa besarnya pengorbananmu !!

Shamsiah Abd Latif – ibu mertua yang melahirkan pendamping hidupku … aku kagum dengan ketabahannya menongkah arus kehidupan dengan karenah anak pelbagai.

Kedua mereka, adalah kunci Syurga buat kami.

Selamat Hari Ibu! Saya sayang mak !!! Sayang sangat²!!!
Terima kaseh mak!!!

No comments:

Post a Comment