nak share sedikit info yer...
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
Wajib
Sunat
Makruh
Haram
Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :
Puasa dalam bulan Sya’ban
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
Puasa pada hari Isnin & Khamis
Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
Puasa satu hari berbuka satu hari
Puasa 8 hari drpd bulan Zulhijjah sblm hari Arafah bagi orang yg sdg mengerjakan haji atau tdk.
Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :
Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
Puasa perempuan haid & Nifas
Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim
Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat
Rukun Puasa
a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
Makan Sahur serta melambatkannya
Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
Membaca Al-Quran
Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
Berbekam
Mengeluarkan darah
Berkucup
Merasa makanan
Bersugi selepas gelincir matahari
Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
Makan dan minum sepanjang hari
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
Keluar darah haid & nifas
Gila
Pitam atau mabuk sepanjang hari
Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
Musafir
Sakit
Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
Allah merahmati orang yang mengimaninya
Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
Iblis dipenjarakan
Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
****** So semoga ibadah kita sepanjang bulan ini... diterima Allah... AMIN..
1st 2025 Calendar
20 hours ago
No comments:
Post a Comment