Wednesday, December 23, 2009

Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan
Ingatkan diri jaga anak kita...

> > Hanya mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB.
> > Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4
> > tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil
> > anak perempuannya tapi hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut
> > melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus
> > meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci
> > menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
> >
> > Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit
> > kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya
> > berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya
> > untuk menukar wajahnya. 
> >
> > Siapa pun yang melakukannya “ iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar
> > pakaiannya “ telah melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan
> > anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung
> > beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah
> > berjaya dibawa keluar. Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa
> > anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah
> > SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
> >
> > SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT
> > DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
> > Thank you,

No comments:

Post a Comment