Wednesday, December 23, 2009

Sebuah Kereta, seorang isteri...seorang suami

utk direnungkan bersama…

Sewaktu di dalam sebuah bas di kota raya London dulu,
perhatian saya dicuri
oleh seorang wanita berambut blown yang memandu kereta
sport tanpa bumbung.
Saya berada lebih tinggi daripadanya, maka
keseluruhan apa yang ada di
dalam keretanya itu dapat saya hayati. Semakin kuatlah
keinginan saya untuk
memiliki kereta seperti itu suatu masa kelak.
Apabila saya kembali ke
tanahair, keinginan itu tetap ada dengan sangkaan
yang tidak pernah padam
bahawa kereta mahal dan mewah pasti tiada bermasalah.
Dalam tempoh beberapa
tahun saya kekallah dengan kereta lama saya itu,
harganya sederhana dan
rasanya bolehlah digunakan untuk kehidupan biasa di
Kuala Lumpur.
Beberapa tahun kemudian saya mengambil keputusan
menukar kereta berkenaan
dengan yang baru, lebih mahal, lebih berkuasa dan
lebih menepati citarasa
kehidupan bandar raya yang moden lagi anggun.
Pendek kata segalanya
lebih..lebihla. Memiliki kereta ini ternyata lebih
baik daripada yang dulu.
Maklum cita rasa kita kerap berubah-ubah mengikut
suasana, keadaan dan
tempat. Namun, secara jujur saya dan keluarga
tiada menghadapi apa-apa
masalah dengan kereta saya itu. Tapi rasa
selesa, selamat dan penuh
sistematik itu tidak lama. Beberapa bulan sahaja
saya mula merasakan ada
yang tidak kena dengan kereta import berkenaan,
antaranya cermin auto
tiba-tiba jem, radio selalu hilang frekuensi,
stereng bergegar pada
kelajuan2 tertentu, salah satu pintu perlu ditutup
dengan kuat, isyarat
petrol susut muncul sewaktu petrol masih penuh dan
kadang-kadang pintu tak
boleh dibuka dari luar. Sudah tentu ini
mendukacitakan sekali sebab kereta
import tidak seharusnya begitu, baru pula, tapi itulah
yang terjadi. Hingga
kerana itu terpaksalah kereta itu dihantar kepada
pengimport beberapa kali.
Semua proses ini mengambil masa dua bulan untuk
benar-benar menepati
spesifikasi yang dijanjikan. Maklum kereta import
perlukan kepakaran import
serta alat ganti import yang hanya mampu dikeluarkan
oleh pembuatnya jauh
di seberang laut.
Dengan pengalaman-pengalaman begini, selalu
membuatkan saya
terkenang-kenang kereta saya yang dulu-dulu.
Mereka tidaklah terlalu
canggih dan tidaklah terlalu mahal namun mereka
tidak pernah memberikan
saya masalah. Mereka berkhidmat untuk saya dengan
baiknya, lancar membelah
awal pagi tatkala saya perlu memandu jauh untuk
program-program luar Kuala
Lumpur. Tiada sebarang masalah. Baru-baru ini pula
saya membeli pula sebuah
scooter berkuasa tinggi. Sebulan kemudian ia
memberikan masalah pertama
kepada saya. Bateri cepat hilang kuasa,
penggunaan petrol tinggi, tali
meter tercabut dan ekzos pecah.
Kadang-kadang apabila saya renung-renung,
barangkali begitulah pasangan
kita. Selalu kita menyangka hak orang lain itu
lebih baik. Selalu kita
menyangka isteri orang itu sangat sempurna dan cantik,
anggun, pandai ambil
hati dan segalanya indah. Hingga kerana itu kita pun
menaruh imaginasi liar
untuk memilikinya. Setelah kita miliki, dengan
mengorbankan banyak daripada
apa yang kita ada, kita dapati dia tidaklah
sesempurna sebagaimana yang
kita sangkakan itu.
Agak-agaknya begitulah jugalah dengan suami kita.
Selalu kita menyangka
suami orang itu baik, beriman, kacak, sempurna
peribadi, penyayang,
bertanggungjawab dan amat memahami hati kita
sedangkan suami kita jauh
berbeza. Kita pun berusaha mendapatkannya tanpa
memperdulikan situasi kita
yang sebenar. Kita sangka pasti bahagia bersamanya.
Hakikatnya setelah dia
kita miliki dengan mengorbankan semua yang telah
sedia kita miliki dulu
serta mengorbankan rumahtangga orang lain,
rupa-rupanya dia tidaklah
sesempurna seperti yang kita sangka. Agaknya
bertukar pasangan samalah
seperti membeli kereta mewah dan scooter
berkuasa tinggi.
Alahai...renung-renungkanlah.

# Petikan emel dr seorang rakan.

No comments:

Post a Comment