Tuesday, December 8, 2009

Panduan

sajer up balik....
Utk panduan bersama..


Anonymous Posted on: 2005/1/31 11:48
Anak tidak mahu menyusu badan
Assalamualaikum,

Saya mempunyai anak berusia 4 bulan. Semasa minggu pertama penyusuan penuh, puting susu saya telah luka dan menjadi teruk dari hari ke sehari. Ia tidak pernah terjadi begini teruk semasa untuk 2 anak saya yang pertama (menyusu hingga 11/2 thn.) sehingga anak saya dijangkiti kuman di mulut akibat dari luka ini. Saya telah menggunakan 3 jenis cream yang berlainan termasuk susu saya sendiri tapi masih tiada perubahan. Saya telah cuba untuk mengepam tetapi memang sakit walaupun dengan tangan dan akhirnya buah dada menjadi bengkak. Saya (regretfully) telah mencampurkan dengan susu formula. Dan pada satu malam tiba-tiba anak saya telah menolak untuk menyusu dari badan. Saya telah mencuba beberapa kali memberinya susu badan tetapi dia masih menolak. Saya cuba untuk mengepam tetapi makin lama makin berkurang susu saya. Sekiranya ada sesuatu yang boleh saya lakukan termasuk mengambil ubat dari pharmacy, saya akan buat. Tolong beri saya panduan agar saya boleh menyusu semula. Jazakallah.

mama Posted on: 2005/2/1 12:51
Webmaster


Joined: 2004/3/26
From: Bandar Baru Bangi
Posts: 790 Re: Anak tidak mahu menyusu badan
Waalaikumussalam,

Pengalaman penyusuan memang berbeza antara seorang anak dengan yang lain. Jika tidak berjaya menyusu anak sulung, kita boleh menjadi sangat berjaya dengan anak kedua dan seterusnya. Begitu juga sebaliknya. Ini adalah kerana setiap kelahiran itu adalah unik dan setiap bayi itu mempunyai identiti tersendiri. Ini juga boleh menjurus kepada gaya penyusuan yang berbeza antara seorang anak dengan yang lain.
Berdasarkan maklumat yang puan berikan ini, dan rujukan yang saya buat di dalam buku, "The Ultimate Breastfeeding Book of Answers", saya berpendapat puan telah mengalami perkara berikut:
1. Puting puan telah luka pada minggu awal penyusuan akibat cara pelekapan bayi berkemungkinan kurang berkesan.
2. Akibat dari cara pelekapan yang tidak diperbaiki ini dan puting puan mungkin tidak mendapat rawatan segera, luka di puting telah melarat dan mungkin telah dijangkiti fungus. Besar kemungkinan jenis fungus yang menghinggapi puan ini adalah Candida albicans, (berdasarkan pengalaman dan kes-kes penyusuan yang pernah dibiuat kajian).
3. Fungus jenis ini jika tidak dirawat segera boleh menjangkiti mulut bayi dengan apa yang dipanggil 'thrush'. (jika tidak silap saya, terminologi melayunya adalah 'seriawan'). Keadaan di mana terdapat kawasan putih di dalam mulut, bahagian lidah atau bahagian pipi bayi.

Justeru itu, saya sempat merujuk kepada seorang doktor mengenai perkara ini. Beliau menyarankan ubat seperti berikut:
1. Untuk rawatan bayi, (oral thrush): Daktarin Oral Gel atau Syrup Nystatin
2. Untuk rawatan puting ibu, : Sapukan ubat yang sama dengan bayi dan bayi boleh menyusu tanpa masalah atau mencuba: Daktarin Cream, tetapi krim ini perlu dibersihkan dahulu sebelum penyusuan kerana tidak sesuai dimakan.

Selain daripada rawatan ubat seperti di atas, jika puan berkesempatan, bawalah anak puan kepada pakar laktasi untuk memastikan cara pelekapannya betul-betul berkesan dan untuk memastikan bayi itu tidak mempunyai sebarang masalah yang menyebabkan dia tidak dapat melekap dengan betul.

Mengenai perkara susu puan semakin berkurangan, puan haruslah bersabar dan meneruskan pemerahan susu setiap kali bayi tidak dapat menyusu terus dari puan. Teruskan juga pemerahan walaupun terasa susu semakin berkurangan kerana ini dapat menambahkan semula stimulasi pengeluaran susu.

Sekali lagi saya menyarankan puan untuk berjumpa pakar laktasi agar beliau dapat memeriksa keadaan payudara puan dan menasihatkan selanjutnya mengenai langkah yang perlu diambil untuk membolehkan puan meneruskan penyusuan. Puan boleh cuba menghubungi jururawat berikut untuk membuat temujanji dan seterusnya mendapatkan nasihat dari mereka:
1. Sis. Marjinah(PUSRAWI) - 0122975023
2. Pn Rohaya(PPUM) - 0123918032

Diharap maklumat ini dapat membantu. Banyakkan bersabar dan berdoalah agar dipermudahkan di dalam segala pekerjaan kita seharian.


Anonymous Posted on: 2005/2/2 14:47
Re: Anak tidak mahu menyusu badan
Assalamualaikum,

Terima kasih di atas panduan dan cadangan yang dikemukakan. Ada beberapa perkara yang saya tidak jelaskan kepada pihak puan berkenaan keadaan saya. Harap maaf.
Semasa di hospital bersalin, midwife di SJMC telah melihat dan membetulkan cara penyusuan saya selama saya 3 hari disana. Untuk makluman puan, semasa menyusukan anak saya di hospital lagi saya telah merasa pedih dan ngilu walaupun telah dipastikan oleh doktor dan nurse di sana mengenai cara pelekapan yang betul.

Untuk pengetahuan puan juga, memang anak saya telah dijangkiti thrush. Beberapa klinik telah saya kunjungi termasuklah klinik yang telah memberi saya Daktarin dan Candid Mouth Paint untuk anak saya. Candid Mouth Paint telah memulihkan thrush anak saya dan Daktarin telah melegakan luka saya. Walau bagaimanapun, luka yang telah bercantum selepas diletakkan ubat pada waktu siang akan terkoyak semula pada waktu malam kerana saya pada malam akan menyusu penuh. Keadaan ini berulang semula sehingga anak saya dijangkiti thrush semula walaupun telah saya basuh luka saya dengan bersih. Untuk pengetahuan puan juga, luka saya telah baik sekarang ni semenjak anak saya menolak untuk menyusu badan. Inilah yang amat menyedihkan saya dan membuat saya rasa terkilan. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya telah mencuba beberapa kali tetapi dia tetap menolak. Bila saya pam, jumlah yang diperolehi sangat sedikit dan telah melemahkan semangat saya sehingga saya dah jarang mengepam. Saya memerlukan panduan bagaimana nak menambahkan semula susu atau cara untuk anak saya menghisap semula susu dari badan.

Sokongan yang diberikan sangat saya hargai. Jazakallah.




mama Posted on: 2005/2/4 16:37
Webmaster


Joined: 2004/3/26
From: Bandar Baru Bangi
Posts: 790 Re: Anak tidak mahu menyusu badan
Waalaikumussalam,
Biasanya jika pengeluaran susu telah berkurangan, ibu biasanya digalakkan menstimulasi semula penghasilan susu. Kaedah yang digunakan sebenarnya adalah sama dengan kaedah ibu angkat yang mahu menyusukan anak mereka. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah:
1. Merangsang payudara dengan kaedah urutan dan hisapan/perahan susu. Jika boleh gunakanlah pam yang mempunyai ciri-ciri hisapan bayi kerana ini dapat membantu menstimulasi susu dengan lebih baik. Contohnya pam Medela jenis Harmony. Ianya didapati amat berkesan bagi kebanyakan ibu menyusu.
2. Tambahkan pemakanan berprotin tinggi. Dari pengalaman saya sendiri, saya mendapati memang mengalami perbezaan ketara (penghasilan susu bertambah) apabila saya menambah bilangan makanan yang berprotin tinggi seperti makanan berasas soya macam tempe, tauhu. Boleh amalkan juga mengambil sup ikan, sup ayam atau sup daging.
3. Minumlah minuman berkhasiat seperti milo, horlicks, nestomalt atau soya. Banyakkan pengambilan cecair kerana ini membantu pengaliran susu yang baik.
4. Berikan peluang badan mendapat cukup rehat. Saya faham jika puan bekerja amat sukar untuk mendapat rehat secukupnya. Mintalah bantuan dari suami atau pembantu rumah untuk menguruskan rumah agar badan puan dapat berehat seketika apabila pulang ke rumah. Dahulukan pemberian susu kepada anak sambil duduk berehat.
5. Banyakkan bersabar dan kurangkan stress. Tekanan perasaan amat menggangu pengaliran susu, terutama semasa ingin memerah susu. Saya cadangkan puan cuba perah di tempat yang sunyi dan tidak ada sebarang gangguan. Buat sementara waktu, cuba amalkan perahan susu dahulu, sehingga puan benar-benar sembuh dari luka puting.
6. Jika puan masih tidak berjaya untuk mengembalikan pengeluaran susu secara biasa, barulah cuba merujuk kepada doktor untuk menggunakan pil penggalak penyusuan seperti domperidone. Pil ini tidak digalakkan penggunaannya secara berterusan. Gunakan ia sebagai perangsang stimulasi sahaja. Ini kerana penggunaan pil seperti ini biasanya mempunyai kesan sampingan kepada kebanyakan ibu seperti rasa letih dan pening. Jika puan mahu mencuba cara herba, puan boleh mencuba kaedah berikut:
a) menggunakan halba (pernah dibincangkan di dalam forum sebelum ini, http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=28&forum=9&post_id=94#forumpost94). Halba ini dikatakan hanya berkesan setelah ibu yang mengambilnya berpeluh berbau manis seperti manisan maple. Jadi sebanyak mana yang perlu digunakan mungkin berbeza antara seorang ibu dengan yang lain. Saya nasihatkan mulakan sedikit dahulu seperti satu sudu makan dan ditambah sedikit demi sedikit sehingga berkesan. Apabila susu telah bertambah, pua n boleh berhenti sedikti demi sedikit pengambilannya.
b) Shatavari dari Himalaya(terdapat di MidValley).
c) Terdapat juga teh yang boleh menggalakkan pengeluaran susu seperti MilkMaid Tea boleh didapati di kedai rakan saya, http://www.momslittleones.com/catalog/product_info.php?products_id=90&osCsid=371dfb38e07efce5604677afd69688bc
7. Apabila susu telah kembali banyak melalui proses perahan cubalah berikan susu terus kepada bayi kerana bayi mungkin menolak apabila dirasakannya susu puan tidak keluar sebelum ini. Cubalah memujuk bayi itu dengan lembut dan dengan perasaan tenang. Kerana biasanya bayi amat memahami perasaan ibunya. Jika ibu berada dalam keadaan susah hati, biasanya bayi akan turut merasainya dan kadangkala tidak dapat menyusu dengan selesa dan berkesan.
8. Akhir, sekali saya menyarankan serahkanlah segala usaha yang telah dilakukan kepada Allah. Berdoa kepadaNya agar usaha itu diberkati dan dilimpahkan rahmat. Jika tidak berjaya juga jangan kecewa kerana mungkin ada hikmah disebaliknya. Sekurang-kurangnya, puan telah berusaha sebaik mungkin.

Nota: Maaf jika tidak dapat membantu sepenuhnya melalui nasihat sahaja. Sekali lagi saya sarankan puan berjumpa semula dengan mana-mana pakar laktasi untuk mendapat kepastian lanjut mengenai permasalahan puan. Saya rasa ada baiknya puan dan bayi diperiksa semula untuk memastikan tidak ada sebarang masalah yang mengganggu penyusuan. Secara tabiinya, penyusuan tidak sepatutnya menyebabkan rasa kesakitan. Jika rasa sakit timbul, besar kemungkinan ada masalah fizikal yang mungkin tidak dapat dilihat pada peringkat awal tetapi pemeriksaan lanjut akan dapat memastikannya.

No comments:

Post a Comment