SUSU ibu adalah makanan yang terunggul bagi bayi kerana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optimum. Bagaimanapun, bagi memastikan bayi menikmati kadar tumbesaran yang bersesuaian, ibu bapa dinasihatkan memberikan si kecil makanan pejal khusus untuk keperluan bayi bermula pada usia enam bulan.
Memberikan bayi makanan sebelum usia itu tidak digalakkan kerana pemberian susu ibu termasuk yang dicampur dengan pengambilan susu formula sudah memadai. Malah, kajian mendapati sebelum berusia enam bulan, penghadaman bayi belum sesuai untuk makanan selain susu.
Bagaimana corak pemakanan yang bersesuaian untuk bayi pada peringkat umur berkenaan? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab ia mudah dicerna.
Pengurus Perniagaan Negara Nestle Nutrition, Norean Sayers, berkata pemakanan bayi tidak boleh dipandang ringan kerana tumbesaran setiap kanak-kanak berkait rapat dengan pengambilan makanan seimbang yang bersesuaian dengan setiap peringkat umur.
“Dari usia enam bulan, perlindungan daripada ibu kepada si manja mulai berkurangan. Sistem pertahanan semula jadi si manja mulai lemah ketika usia ini. Bijirin bayi yang bersesuaian dengan tahap umur bayi berkenaan harus difahami setiap golongan ibu. Pendedahan mengenai pemakanan bayi yang bersesuaian harus diperkenalkan,” katanya.
Norean berkata, menyedari pendedahan yang kurang mengenai asas penting dalam pemakanan bayi, Nestle mengadakan satu pameran bas bergerak yang dinamakan Bas Dunia Si Manja merentasi kawasan luar bandar di seluruh negara.
Program itu bertujuan memberi satu pendedahan pembelajaran kepada golongan ibu terutama yang berada di luar bandar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai empat tahap perkembangan pemakanan anak, dan kepentingan BL Bifidus, probiotik yang baik untuk bayi.
Pelbagai kajian dilakukan Nestle membawa kepada pengenalan bijirin bayi Nestle Cerelac yang menyediakan asas pemakanan bayi membabitkan empat tahap atau peringkat utama asas pemakanan bayi.
Bijirin bayi dengan BL Bifidus membantu si manja mengekalkan sistem penghadaman yang baik, menyokong penyerapan nutrien penting yang optimal, seperti zink, zat besi dan vitamin A serta C yang membekalkan kebaikan semula jadi diperlukan untuk tumbesaran.
Tahap pemakanan bayi berbeza mengikut peringkat umur bayi. Mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal selepas mencapai peringkat umur enam bulan ke atas diikuti lapan bulan ke atas dan satu tahun ke atas. Pada tahap ini corak pemakanan mereka berbeza mengikut peringkat umur.
INFO: Tahap Satu – Enam bulan ke atas
•Membantu peralihan si manja daripada susu ke mula menikmati makanan pejal pertamanya.
•Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap satu diperbuat daripada bijirin semula jadi yang hampir tidak langsung menimbulkan sebarang kesan alahan. Menerusi proses CHE yang menguraikan karbohidrat dengan mudah, ia bukan saja lazat, malah mudah untuk dihadam.
•Pada peringkat ini, antibodi di dalam badannya mungkin semakin berkurangan disebabkan si manja terdedah kepada pelbagai risiko. Tambahan BL Bifidus pada peringkat satu, mengoptimumkan penyerapan nutrien penting bagi menyokong perkembangan sistem pertahanan si manja.
Tahap Dua – Enam bulan ke atas
•Selepas beberapa minggu si manja diperkenalkan dengan makanan pejal pertamanya, galakkan perkembangan cita rasa si manja dengan meneroka pelbagai rasa.
•Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap dua didatangkan dengan berbagai jenis bahan termasuk rasa baru buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan pejal pertama yang lembut ini sesuai untuk si manja.
•Dengan meneroka tekstur objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya, si manja terdedah kepada pelbagai risiko berbanding sebelumnya, seperti jangkitan pada usus yang boleh mengakibatkan cirit-birit. BL Bifidus pada peringkat dua membantu meningkatkan pembiakan bakteria baik di dalam usus si manja untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Tahap Tiga - Lapan bulan ke atas
•Galakkan si manja untuk meneroka dan mengenali pelbagai jenis rasa dan tekstur. Ia juga boleh membantu memenuhi keinginannya untuk menggigit dan mengunyah.
•Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap tiga memperkenalkan si manja kepada tekstur makanan yang selamat, lazat dan berkhasiat. Diperbuat daripada cebisan isi ayam, ikan dan 100 peratus bahan-bahan semula jadi yang lain, ia membantu merangsang kemampuan si manja untuk mengunyah dan menelan.
•Ketika tumbuh gigi, si manja akan mencapai sebarang objek untuk digigit sekali gus mendedahkan kepada jangkitan. BL Bifidus dengan gabungan zat besi, zink dan vitamin A dan C membantu menyokong perkembangan sistem pertahanan si manja. Tambahan lagi, BL Bifidus membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Tahap Empat – Satu tahun ke atas
•Sediakan peralihan yang lancar untuk menikmati makanan pejal dan asas yang tepat untuk perkembangan dan pertumbuhan si manja.
•Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap empat menawarkan pemakanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrien harian si manja. Asid docosahaxaenoik (DHA), taurina, zat besi dan kalsium membantunya untuk menghadapi berbagai cabaran baru.
•Sistem pertahanan si manja belum berkembang sepenuhnya sehingga usianya tiga hingga empat tahun. BL Bifidus membantu menyediakan asas yang tepat pada peringkat ini bagi menyokong perkembangan sistem pertahanan dan mengekalkan sistem penghadaman yang sihat. Ini akan membantu si manja untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien yang diperlukannya untuk membesar dengan kuat dan sihat
sumber : utusan
Lepat "banana"
33 minutes ago
No comments:
Post a Comment