Monday, April 5, 2010

INFO: 10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)

Di sini, disertakan panduan mudah bagi mengembalikan kemesraan antara anda dan bayi. Selamat mencuba!

INFO: 10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)

•1. Cakap dan ketawa bersama
Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

•2. Bergurau
Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

•3. Panggilan manja
Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.

•4. Pujian
Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

•5. Mimik muka lucu
Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.

•6. Ciuman
Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.

•7. Goyangkan kepala
Goyang kepala ke kiri dan kanan sambil menyentuh tangan dan kakinya. Pasti dia akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

•8. Ba ba cak
Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.

•9. Berikan barang permainan
Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.

•10. Menari bersama bayi
Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.

1 comment: