UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA
> MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
> SWT.
>
> "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.
> Bismillahirrahmannirrahim"
>
> Tafsirannya:
>
> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
> direjam, dengan nama
> Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>
> Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja
> kerja kerana dengan
> bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang
> berada didalam tubuh kita
> dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari
> keluar umpama cacing
> kepanasan.
>
> Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
> kemudian bacalah surah
> Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.
> Allahussamad. Lam yalid walam
> yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3
> kali.
>
> Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
> bismillah. Berilah
> salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang
> di rumah berilah salam
> kerana malaikat rumah akan menyahut.
>
> Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya
> wajib) yang diucapkan pada
> akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
> kubur. Apabila malaikat
> memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
> sukar menjawab salam
> tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
> amalan daripada salam
> yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab
> salam malaikat itu.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
>
> Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
> sehingga dia meninggal
> dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam
> kuburnya, akan selamat dia
> dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
> membawanya dengan sayap
> mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju
> ke syurga (Demikian
> diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
>
> Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki
> kepada umatnya:
>
> Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
> jangka masa dua-tiga
> minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
> Malah Saiyidina Ummar
> telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
> mengatam Qur'an dalam begitu
> cepat.
>
> Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
> Saiyidina Ummar bersuara
> kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang
> sedang kecil pada waktu
> itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
> Saiyidina Ali membaca
> surah Al-Ikhlas tiga kali.
>
> Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
> Saiyidina Ali betul.
> Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
> dengan membaca 10 jus kitab
> Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
> sebanyak tiga kali qatamlah
> Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
> Al-Quran.
>
> Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
> bersabda:
>
> Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka
> saya telah melihat Arasy
> di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
> sendi ke satu sendi ialah
> 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
> terdapat padang sahara
> sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang
> sahara itu seluas dari timur
> hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu
> terdapat 80,000 malaikat
> yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
>
> Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka
> berkata mereka:
>
> Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan
> kami ini kami berikan
> kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
> lelaki mahupun
> perempuan.
>
> Sabda Rasulullah SAW lagi:
>
> Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul
> Huwallahu Ahadu itu
> tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus
> Somad itu tertulis di
> sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad
> tertulis pada sayap
> malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu
> tertulis pada sayap
> malaikat Israfil a.s.
>
> Nota:
>
> Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham
> akhirat, sampaikanlah ilmu
> ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda
> Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
> pesananku walaupun satu ayat'.
>
> Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
> itu, hanya 3 perkara yang
> akan dibawanya bersama :
>
> 1) Sedekah/amal jariahnya
> 2) Doa anak-anaknya yang soleh
> 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada
> orang lain
Pagi tadi...
7 hours ago
No comments:
Post a Comment