Di sebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke
kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada
tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang
memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu
itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga
mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga
setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan
Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang
mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati
:-
1 Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam
kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua"
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa "
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin
maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang
difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya
meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui
dengan
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .
Doa Ikan Nun
============
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment