Tuesday, May 18, 2010

This is funny but may be true.......

>Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas
>tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...
>penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya
>akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu
>pulak bas yg lain.
>
>Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
>
>Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti
>tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun
>biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang
>seterusnya.
>
>Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong,
>tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak
>de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan
>sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas
>yg seterusnya.
>
>Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg
>awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg
>datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
>
>Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi,
>selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak
>nak.
>
>Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan
>bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu
>sejuk untuk awak?
>
>Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg
>awak idamkan tu memang tak salah.
>
>Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang
>lain, kan?
>
>Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak
>lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
>
>Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak
>sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu
>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak
>
>awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
>
>Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya
>lakukan ialah BERJALAN!
>
>Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh
>dan menyakiti diri awak sendiri.
>
>Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan
>beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.
>
>Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
>
>Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...
>hehehehheheheeee.....

No comments:

Post a Comment