Thursday, July 8, 2010

PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH
>
>
> Penawar Di Kala Kepenatan
>
>
> Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
> rumah mahu pun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
> Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
> penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina
> Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
> menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
>
>
> "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
> dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
>
>
> Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
> mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
> Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
> kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
> menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
>
>
> "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
> yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
> bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
> dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
> berdua daripada seorang khadam."
>
>
> Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
> menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
> Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.
>
>
> Katanya:-
> "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
> kepadaku."
>
>
> Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
> merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
> mengamalkan
> membaca:
> 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33
> kali)pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
> Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
> petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
> kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
>
>
> Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
>
>
> "Apabila Allah menyintai seorang hambanya, Allah akan memanggil malaikat
> Jibril dan berkata:
> Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Jibril pun
> menyintai hamba tersebut dan kemudian mengumumkan kepada penduduk langit
> dengan berkata:
> Sesungguhnya Allah menyintai si fulan maka cintailah dia.
> Semua
> penduduk langit pun menyintainya.
>
>
> Kemudian diletakkan penerimaan bagi hamba tersebut di bumi
> (maksudnya disenangi dan disayangi)."
>
>
> (Hadis no.3209 riwayat Imam al-Bukhari dalam kitabnya Sahih al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment