Saturday, February 27, 2010

Home sweet home

Pagi td kuar jap ke pasar tani dgn mak skali, ramainya umat... parking pun aneh dari biase... sempat jgk pi jengah² jamu mata kat deret kedai malay + chinese town... saja² suka suki wat treatment mata nih.. hehee.. time balik singgah kat HPA, cari ayam organik n ais krim coklat.. Nyum².. sedapnya makan time musim panas² nih...
Adek tgh tido taktala ini (2.20 ptg) sambil layan nona naga kat tibi tiga, coz bersengkang mata tadi paginya operasi round tour de langkawi... :-) tunggu dia bangun, kami akan keberangkatan pulang balik ke our sweet home.
Badan dah rasa enak jugak lepas pekena massage tempoh hari... new experience... like that huh!! :-) Asyik bz, meskipun kekadang byk nya wat² bz.. hehehe + kije² hakiki, umah yg tak akan berkesudahan, hal² duniawi + jaga orang laen jer, utk diri sendiri jgn abaikan , ada ruang & kesempatan apo salahnya kan²... lama mau pakai maaa... :-)

Layakkah dipanggil manusia?

Terkejut, sakit hati, marah dan mcm² lg rasa....
Membuak² perasaan didalam ini pada manusia yg kejam itu... Dapat lihat mukanya dalam berita kat tv 3 kol 8 mlm tadi..
Ya Allah... zalim sungguh manusia itu!!!!
Semoga roh adek kecil sofiah aman damai di sana....
Tiada lagi siksaan utk mu... Berakhir sudah deritamu...

Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul 1431H

Saye datang ni !!!
:-)

Ku bersiaran lg ptg ini meskipun tenggelam timbul hapdetnya…
Sedia maklum… byk sgt hal² duniawi yg perlu dibereskan… Ikhlas sungguh aku ungkapkan dari hati yg kudus ini..
Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini (dunia+akhirat) dan saudara² seislamku…



Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H
"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"




Wednesday, February 24, 2010

6 pesanan khusus utk wanita

Sharing is caring..
Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :oleh ulama muktabar
serta kredit ++ utk ummie asmaa.. :-)




1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.




2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.




3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."




4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.




5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.




6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan

Lewat Bercakap

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:



Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)


Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)


Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.

Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.

Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.


Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.



Perkembangan percakapan



Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan


Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan


Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)


Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)


Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)


Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya


Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan


Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul


Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)


10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya


11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)


14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan


16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)


18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’


16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan


19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan


24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan


24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar


26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah


27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’


29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun


Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan

Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.

Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:


Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek


Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan


Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya


Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan


Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya


Jangan paksa anak bercakap.

Ya betol².. betol²... betol²... (versi upin ipin)
aku suker !!!

Bercerai susu



BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.

BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.

Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.

Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.


Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat untuk minum menggunakan cawan.

Bila masa terbaik untuk bercerai susu?

Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.

Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.

Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.

Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?

Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.

Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak.

Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi?


Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan.

Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12 tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan (diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian.

Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu?

Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh, teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh cuba menukar puting susu.

Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka. Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama.

Memulakan pemberian makanan pejal

Masa terbaik untuk memberikan makanan pejal bergantung kepada kesediaan setiap bayi. Secara umumnya kanak-kanak memerlukan makanan pejal apabila kalori daripada susu sudah tidak mencukupi. Keperluan ini boleh dilihat apabila bayi boleh menghabiskan sebotol penuh susu tetapi berasa lapar semula dalam masa dua atau tiga jam kemudian. Ini biasanya berlaku pada usia enam bulan.

Bayi yang lebih kecil (kurang enam bulan) sukar menelan makanan pejal walaupun sesetengahnya boleh menelan makanan pada usia lebih muda jika makanan diletakkan di belakang lidah. Ada ibu bapa memaksa bayi kecil untuk makan banyak makanan pejal dengan harapan anak akan tidur lena sepanjang malam.

Bagaimanapun, ia bukan langkah baik kerana boleh menyebabkan anak anda mendapat radang paru-paru (pneumonia) dan masalah makan kemudian hari. Kebanyakan bayi makan makanan pejal selepas menyusu kerana dapat memuaskan kehendak mereka untuk menghisap puting dan pada masa sama mengatasi rasa lapar.

Bayi dan kanak-kanak kecil lebih mudah mengalami masalah alahan atau tidak toleran terhadap makanan berbanding kanak-kanak besar dan orang dewasa. Jika banyak jenis makanan diberi pada satu masa, agak susah untuk menentukan makanan mana yang menyebabkan reaksi alahan.

Justeru, anda sepatutnya memperkenalkan jenis makanan secara berperingkat; satu jenis untuk satu minggu. Jika ia boleh diterima dengan baik barulah perkenalkan makanan lain kepada bayi anda. Melalui cara ini, anda boleh mengenalpasti makanan mana yang boleh menyebabkan alahan pada anak.

Mulakan dengan bijirin diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan lain seperti sumber protein (daging) diperkenalkan lebih lewat iaitu apabila anak berusia tujuh bulan. Beri anak makan melalui sudu supaya bayi anda boleh belajar teknik pemberian makanan yang baru. Pada umur enam hingga sembilan bulan, kanak-kanak biasanya sudah pandai memegang makanan dan membawanya ke mulut. Jadi mereka perlu digalakkan untuk makan sendiri.

Anda perlu berhati-hati kerana bayi mudah tersedak atau tercekik oleh makanan keras seperti kacang, lobak mentah, gula-gula atau biskut kraker. Elakkan makanan ini. Jika mahu diberikan, pastikan ia dikisar. Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si kecil dan langkah ini lebih menjimatkan.

Walaupun bayi suka makanan manis, tetapi gula bukanlah nutrien yang penting dan sepatutnya diberikan dalam kuantiti kecil; jika perlu. Jika tidak, jangan perkenalkan gula kepada anak anda. Jangan berikan sajian manis kerana tidak bermanfaat untuk anak anda. Jangan berikan anak anda makanan pejal terlalu awal dan sebaiknya tunggu bayi berumur antara empat hingga enam bulan.

Perkenalkan sedikit makanan baru kepada bayi apabila dia lapar iaitu sebelum dia diberikan susu. Kemudian, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan untuk anak anda. Jangan biarkan neofobia (takut kepada makanan baru) melanda anak anda. Jangan paksa anak untuk menerima makanan baru tetapi perlahan-lahan ajak dia makan. Ingat, susu sudah cukup untuk membekalkan keperluan anak sehingga dia berusia enam bulan.

Paling penting, jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan. Kasih sayang dan perhatian anda akan merangsang anak untuk makan dan menikmati suasana seronok bersama keluarga.

* Adelia blom bacarai lagi... hari ini umornya menjangkau 1 thn, 5 bln, 3 minggu & 1 hari.. Ahlamdulillah, semoga cepat membesar & sehat selalu.. :-)
Sdg menghitung hari nak pekena booster adek nih... InsyaAllah awal Mac nih jadualnya..

Hadapi bayi pra matang

TEMPOH kehamilan yang normal ialah sembilan bulan, iaitu antara 38 hingga 42 minggu. Bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu dianggap bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Walaupun ada banyak faktor yang boleh membantu meramalkan kelahiran pramatang, tetapi dalam kebanyakan kes ia berlaku tanpa sebarang sebab tertentu.

TEMPOH kehamilan yang normal ialah sembilan bulan, iaitu antara 38 hingga 42 minggu. Bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu dianggap bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Walaupun ada banyak faktor yang boleh membantu meramalkan kelahiran pramatang, tetapi dalam kebanyakan kes ia berlaku tanpa sebarang sebab tertentu.

Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian kelahiran tidak cukup bulan termasuklah:



Pernah melahirkan anak pramatang meningkatkan risiko antara 20 hingga 40 peratus untuk bersalin tidak cukup bulan kali kedua.


Mengandung anak kembar (kembar dua atau lebih). Risiko bertambah dengan pertambahan janin dalam kandungan.


Masalah uri jatuh dan plasenta previa (kedudukan uri di pintu rahim) adalah dua punca utama pendapatan yang boleh menyebabkan kelahiran awal



Air ketuban terlalu banyak (polihidramnion) atau terlalu sedikit (oligohidramnion).


Jangkitan ketika mengandung terutama jika ia merebak ke dalam rahim atau uri


Kencing manis


Tekanan darah tinggi


Preeklamsia (tekanan darah tinggi hanya ketika hamil), proteinuria (kebocoran protein dalam air kencing) dan bengkak


Merokok atau menagih dadah ketika hamil


Ibu alami masalah tidak cukup zat ketika hamil terutama jika ia menjejaskan pertambahan berat badan


Fibroid, bentuk rahim yang tidak normal atau serviks yang tidak sempurna


Mengandung ketika menjalani rawatan masalah kesuburan; pernah alami keguguran anak dalam trimester kedua (empat hingga enam bulan) atau tidak mendapat penjagaan yang baik ketika hamil




Masalah pada janin termasuklah jangkitan, pertumbuhan terencat atau kecacatan

Bayi pramatang

Jika mempunyai faktor risiko di atas, buatlah persediaan awal dengan mendapatkan maklumat terperinci daripada pakar kanak-kanak sebelum bersalin. Lebih baik jika doktor pakar ini ada ketika bersalin untuk memberikan penjagaan seawal mungkin sebaik bayi dilahirkan.

Apabila bayi dalam keadaan stabil (bergantung kepada umur kandungan ketika dia dilahirkan) dan keadaan kesihatannya, bayi anda akan dipindahkan ke Unit Penjagaan Rapi Neonatal. Biasanya setiap hospital besar mempunyai kemudahan ini. Jika bersalin di pusat rawatan yang tiada kemudahan ini, bayi anda mungkin akan dipindahkan ke hospital lain untuk diberikan penjagaan yang diperlukan.

Bilakah wanita dikatakan bersalin terlalu awal?

Secara umumnya bayi yang dilahirkan selepas 24 atau 25 minggu kehamilan sudah cukup matang untuk hidup walaupun mereka perlu tinggal lama di unit penjagaan rapi. Bayi yang dilahirkan kurang daripada 23 minggu kelahiran biasanya tidak cukup matang dan agak sukar untuk hidup.

Bagaimanapun, selain faktor tempoh kehamilan, ada banyak faktor lain turut memainkan peranan contohnya saiz bayi ketika dilahirkan. Biasanya bayi yang lebih besar mempunyai peluang lebih baik berbanding bayi yang sangat kecil. Malah jantina bayi juga menjadi penentu kerana bayi perempuan didapati mempunyai peluang lebih cerah untuk hidup berbanding bayi lelaki.

Selepas dilahirkan pakar neonatal akan membantu anda untuk melakukan persediaan penjagaan seterusnya. Semua bayi pramatang adalah unik dan berbeza dengan bayi pramatang lain. Mereka berbeza dari segi umur, saiz dan banyak faktor lain, terutama kematangan organ dan sama ada dia mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan atau kecacatan.

Malah, jika bayi yang sangat kecil pun, perlu diingat bahawa dua pertiga daripada bayi yang berjaya meneruskan hidup boleh membesar seperti kanak-kanak normal atau mengalami sedikit masalah kesihatan. Masalah kesihatan juga bergantung kepada kematangan bayi ketika dilahirkan. Jadi keadaan bayi yang dilahirkan antara 30 hingga 33 minggu adalah lebih baik berbanding bayi yang lahir ketika 26 hingga 29 minggu kehamilan.

Kebanyakan bayi pramatang memerlukan ventilator atau alat bantuan pernafasan bagi membolehkan mereka bernafas secara normal. Ini disebabkan pada ketika ini paru-paru mereka masih belum matang dan gejala Sindrom Gangguan Pernafasan (RDS) pada beberapa hari pertama mereka adalah perkara biasa.

Bayi dengan masalah RDS akan diberikan bantuan ventilator dan mungkin menerima ubat yang dipanggil surfaktan iaitu agen pembasah atau bahan yang mengurangkan ketegangan permukaan paru-paru untuk membantu paru-paru mereka berfungsi.

Mereka juga akan diberikan oksigen dan antibiotik, terutama bagi bayi yang dilahirkan awal akibat jangkitan. Jangan sedih kerana bayi mungkin tidak dapat makan untuk beberapa ketika tetapi dia akan diberikan cecair intravena sama ada melalui suntikan ke dalam salur darah atau tali pusat.

Antara peralatan boleh lihat termasuk katil khas dengan pemanas bagi membantu mengekalkan suhu badan bayi anda. Dia juga mungkin memerlukan alat pemantau kardiorespiratori dengan oksimeter bagi memeriksa kandungan oksigen di dalam darahnya. Tiub makanan juga mungkin dipasang pada bayi anda jika dia cukup matang untuk makan.

Masalah lain yang biasa bagi bayi pramatang (kurang daripada 30 hingga 33 minggu) tetapi jarang berlaku pada bayi yang dilahirkan selepas 34 minggu kehamilan ialah:


Arteriosus duktur berterusan (PDA) iaitu keadaan di mana salur darah yang hampir dengan jantung yang biasanya tertutup selepas dilahirkan akan terus terbuka. Kebanyakan kes PDA ini akan ditutup sama ada melalui ubat dan jika tidak berjaya barulah pembedahan dijalankan.


Pendarahan intraventrikular (IVH) di mana berlaku pendarahan dalam otak. Keadaan ini boleh dikesan ketika pemeriksaan ultra bunyi pada kepala. Kebanyakan pendarahan berlaku dalam beberapa hari pertama selepas dilahirkan. Jika pendarahan sedikit, ia tidak akan menyebabkan masalah jangka panjang.


Periventrikular leukomalasia (PVL) iaitu tanda kerosakan otak.


Jangkitan kerana imun sistem yang tidak matang


Enterokolitis nekrotis (NEC) iaitu keradangan usus yang biasanya tidak berlaku sehinggalah penyusuan bermula. Rawatannya bergantung kepada keadaan keradangan sama ada membabitkan antibiotik, pemakanan intravena atau kadangkala pembedahan.


Ketidakmatangan retinopati (ROP); iaitu kehadiran salur darah tidak normal pada mata bayi dan keadaan ini akan dirujuk kepada pakar mata.


Apnea dan brakikardia - Ia berlaku apabila sistem pernafasan dan sistem saraf yang tidak matang menyebabkan pernafasan bayi terhenti seketika mengakibatkan kadar degupan jantung bayi menurun. Ia boleh dirawat dengan memberi rangsangan, ubat, oksigen, CPAP atau ventilator; bergantung kepada kekerapan dan berapa lama apnea berlaku.


Anemia atau kurang darah; kadangkala memerlukan pemindahan darah.


Bronkopulmonari displasia (BDP) atau penyakit paru-paru kronik (CLD) juga dikesan pada bayi yang masih memerlukan oksigen selepas berumur empat minggu atau dilahirkan selepas 36 minggu kehamilan. Mereka mungkin memerlukan rawatan jangka panjang serta oksigen dan ubat termasuk ubat diuretik, bronkodilator atau steroid.


Angin pasang juga biasa berlaku pada bayi tidak cukup bulan

Bila bayi anda boleh mula makan?

Ia bergantung kepada umur kandungan ketika dilahirkan dan keadaan kesihatannya. Jika bayi dilahirkan ketika 32 hingga 34 minggu kehamilan, mereka mungkin tidak boleh menyusu melalui botol susu. Sebaliknya susu akan diberikan melalui tiub yang dipasang pada mulut, hidung atau perutnya.

Walaupun bayi anda tidak boleh menghisap puting ibu, tetapi ia tidak bermakna bayi anda tidak boleh diberikan susu badan. Anda boleh mengepam dan meminta jururawat unit penjagaan rapi memberikannya kepada bayi anda.

Bila bayi anda boleh balik ke rumah?

Ia juga tertakluk kepada umur dan keadaan kesihatannya. Secara umumnya, kebanyakan bayi tidak akan dibenarkan balik sehinggalah dia sampai ke tarikh bersalin yang sebenar. Jadi bagi bayi yang lahir ketika 26 minggu kehamilan, bermakna dia perlu tinggal lebih kurang tiga bulan di hospital!

Namun, apabila berat bayi bertambah, mampu bernafas secara normal dengan sendiri (walaupun kadang kala dia memerlukan oksigen) dan boleh makan, maka dia akan dibenarkan keluar daripada unit penjagaan rapi.

Bagaimanapun, keadaannya masih akan dipantau oleh pakar kanak-kanak, pakar mata dan pakar paru-paru kerana selain masalah disenaraikan di atas, bayi pramatang, terutama yang kurang daripada 30 hingga 32 minggu kehamilan berisiko mengalami masalah kesihatan seperti BPD, masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan atau kadang kala serebral palsi.

Sesetengah bayi mungkin berisiko menjadi buta, pekak, serebral palsi yang teruk atau terencat akal. Bagaimanapun jangan terlalu bimbang kerana kebanyakan bayi pramatang boleh membesar dengan baik tanpa masalah sama seperti bayi lain.

Hak kanak²



IKLAN sempena sambutan Hari Kanak-kanak yang disiarkan di radio menarik perhatian. Dalam iklan itu seorang kanak-kanak memberitahu, banyak daripada haknya yang membabitkan hak untuk bersuara, mendapat perlindungan dan keselamatan dicabul atau sengaja diketepikan hanya kerana mereka masih kecil.

Pencabulan hak kanak-kanak bukan sekadar mendera, menyakiti atau mencederakan mereka. Ibu bapa yang memaksa anak belajar sehingga tiada masa bermain atau terbabit dalam aktiviti rekreasi juga sebenarnya secara tidak langsung mencabul hak kanak-kanak.

Kehidupan seharian kebanyakan kanak-kanak: sekolah dari pagi hingga petang, malam pula ke kelas tambahan. Beginilah rutin setiap hari, lima hari seminggu.

Bagi kanak-kanak lebih malang, kelas tambahan diteruskan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sama ada untuk belajar muzik, seni atau kemahiran lain.

Keinginan ibu bapa mempunyai anak cemerlang dan bijak sejak kecil membuatkan mereka sanggup memenuhi setiap masa anak dengan ‘aktiviti pendidikan’.

Dalam keghairahan ini ramai tidak sedar mereka sebenarnya merampas hak anak yang masih dalam peringkat kanak-kanak (sekurang-kurangnya sehingga umur 12 tahun) untuk bermain.


Mereka tidak sedar, sebahagian daripada dunia sebenar kanak-kanak lenyap begitu saja. Mungkin ramai ibu bapa tidak tahu bahawa bermain, bermain dan bermain adalah dunia sebenar kanak-kanak.

Malah, ada yang menganggap bermain hanya membuang masa. Tanggapan ini tidak benar kerana melalui bermainlah kanak-kanak belajar banyak kemahiran hidup seperti berinteraksi, bersosial, berkongsi, bertolak ansur dan bersedia menerima kekalahan.

Bermain adalah cara terbaik untuk mengelak kanak-kanak tertekan. Tahukah anda, keinginan ibu bapa yang mahu melihat atau meletakkan sasaran tertentu untuk dicapai anak mereka sebenarnya memberi tekanan kepada anak?

Itu mungkin keinginan anda, bukan anak anda. Tugas ibu bapa hanya membimbing mereka ke arah hidup yang baik dan bukan menentukan kehidupan mereka.

Pendidikan tidak hanya terhad dalam bilik darjah kerana ada banyak kemahiran yang tidak boleh disampaikan di dalam kelas.

Saya kasihan melihat kanak-kanak yang hidupnya hanya dipenuhi dengan belajar secara formal, terutama mereka yang dimasukkan ke kelas tambahan khas sejak umur tiga atau empat tahun.

Memang tidak salah memberi anak pendidikan tetapi biarlah ia berlangsung mengikut perkembangan umur mereka walaupun ramai menganggap kanak-kanak seperti ini bertuah.

Namun, ramai juga tidak sedar mereka kehilangan peluang untuk menikmati keseronokan zaman kanak-kanak.

Selain itu ibu bapa juga perlu sedar, tidak memberi rawatan diperlukan juga sebenarnya merampas hak kanak-kanak. Contoh paling senang ialah imunisasi.


Setiap kanak-kanak yang lahir di negara ini ada hak untuk diberi suntikan imunisasi secara percuma dalam program Imunisasi Kebangsaan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi melindungi kanak-kanak daripada penyakit berbahaya.

Kegagalan membawa anak mendapatkan perlindungan ini seolah-olah sengaja mendedahkan anak kepada agen penyakit, terutama penyakit berjangkit akibat serangan virus dan bakteria. Ini adalah langkah pertama, paling mudah dan murah untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak.

Hak kanak-kanak sudah lama diiktiraf dan sambutannya berbeza di seluruh dunia. Hari Kanak-kanak Antarabangsa disambut pada 1 Jun setiap tahun manakala Hari Kanak-kanak Universal pula pada 20 November.

Di Malaysia, kita meraikannya Sabtu ketiga setiap Oktober. Di negara lain, mereka menyambutnya pada tarikh berbeza mengikut kesesuaian masing-masing.

Di negara kita Hari Kanak-kanak mula dirai sejak 1959 dan kini lebih 150 negara di dunia menyambutnya. Tidak kira bila, sambutan ini adalah tanda penghargaan dan penghormatan kepada kanak-kanak dan golongan muda di bawah 18 tahun.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab keluarga dan semua anggota masyarakat, terutama ibu bapa serta agensi kerajaan dan swasta untuk melindungi hak dan masa depan kanak-kanak.

Ini juga membolehkan masyarakat menghargai keperluan mempertahankan hak dan menegakkan keadilan untuk kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Seperti orang dewasa, semua kanak-kanak, termasuk remaja di bawah umur 18 tahun mempunyai hak asasi sama tidak kira bangsa, agama, kedudukan dan negara.

Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 menetapkan setiap kanak-kanak perlu diiktiraf sebagai individu yang mempunyai pemikiran dan hak untuk hidup selamat dan gembira tanpa diskriminasi.

Setiap kanak-kanak berhak mendapat empat keperluan asas iaitu:



Hak kelangsungan hidup — termasuk mutu hidup dan peluang untuk mendapat rawatan


Hak perkembangan — termasuk pendidikan, mendapat maklumat, bermain, aktiviti rekreasi dan budaya; bebas untuk berfikir dan beragama


Hak perlindungan — meliputi semua aspek eksploitasi, kekejaman, perpisahan daripada keluarga dan penderaan


Hak dalam penyertaan sebagai anggota masyarakat — termasuk kebebasan bersuara (memberi pendapat) dan mempunyai hak bercakap dalam isu yang membabitkan hidup mereka. Walaupun masih kecil, pandangan mereka perlu diambil dan dipertimbangkan kerana seperti orang dewasa, mereka juga ada pemikiran tersendiri yang sesuai dengan perkembangan dan perubahan pada zaman ini.

Tuesday, February 23, 2010

usah fikir 2 kali beri susu badan

Nice 2 shared..

Cuti bersalin: Nube kutip sejuta tandatangan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) akan melancarkan satu kempen mengutip sejuta tandatangan bagi menyokong cadangan agar pekerja wanita di negara ini diberikan cuti bersalin lebih lama.

Setiausaha Agungnya, J Solomon, berkata kempen itu akan bermula pada 8 Mac ini sempena Hari Wanita Antarabangsa.

"Kempen itu bertujuan mendesak kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari sekarang ini kepada 90 hari, selaras dengan amalan di negara Asean lain," katanya.

Solomon berkata, Nube akan menganjurkan beberapa program semasa kempen itu bagi meningkatkan kesedaran dengan menjemput ahli kesatuan sekerja, wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pertubuhan wanita, pakar perubatan, ahli akademik, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dan media, sepanjang kempen bagi mendapatkan tandatangan itu dapat dicapai.

"Nube percaya pertambahan hari kelayakan cuti bersalin akan menjadi satu hadiah bermakna kepada kira-kira 5.1 pekerja wanita daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. - Bernama

# acik sokong benooo... :-)

Saturday, February 20, 2010

sup tulang... enak bangat..

Lama tak pekena sup tulang, ku balun secukupnya malam nih...
dapat dari mana? dari umah acik sebelahi yg bikin kenduri kawin sok (21/2)...
Acara makan nasi puteh + soup tulang + kerabu perut..
Manyak syok maaa... Berminyak² mulut keh ngadapnya... akhirnya tersandar kekenyangan...
Mak aiii... baper kilo lemak dah bertampal nih? hihihi....

Tadi ptg bersiaran ke tmn gelora maen taman, naek gelungsor, turun gelongsor, papan junkang jungket, dan segala bagai melayan anak.... cheewah, anak jugak naek nama... padahal pak n mak nya yg ober acting... hua`hua`hua... Sempat lagi gi jengah boyer n bear hitam 2 eko kat kandangnya... Spt biasa, adek dgn keterujaannya... seronok, 2 ronok dan beronok² sungguh dia... :-) ok , nanti kita pi taman lagi yaaa.. karipap panas 3. hehehe...

Thursday, February 18, 2010

:-) Kem solat

Alhamdulillah...
Syukur pada Ilahi atas kurniaan limpah wal rahmahnya...
Semoga yg baek berterusan dan dipermudahkan segala urusan kita sehari²... ameen...
Cepat benar masa berlalu minggu ini rasanya... atau aku sorang sajakah yg perasantan sedemikian... arakian... huhuhu...
Ari nih adek bersiran dgn aki di umah disebabkab makwan dgn acaranya di DSG, itm.. Selamat berkampung 3 hari 2 mlm disana... Adek jgn meragam lebey² yer... sian kat aki...
Sapa nama adelia angkat tangan !!! jawapnya 'Yaaaa!!!' sambil tangan ke atas... :-)
Lia , jom sembahyang... Cergas menarik sejadah, Join skaki sujud, rukuknya, complete dgn tadah tangannya utk panjatkan doa..... alhamdulillah... Ada dah ciri² yg mengujakan hati ini... Smoga patuh suruhan Ilahi selagi hayat ada... Jadi anak yg solehah dan berguna pada agama, bangsa & negara InsyaAllah...
Terhibur sungguh hati ini melihatkan telatah anak²... anak²? hehehe.... bikin gimic sket..

Petang ni akan pulang ke teratai v`lej... Ada kenduri kawin anak jiran sebelah umah tok.. Selamat Pengantin Baru.. :-)






Friday, February 12, 2010

sharing pasal adek

Adek ya.. dah pandai words yg simple-simple..

abah , kekadang sebut 'haboh'.. :-)
nak
nanak (geleng kepala)
bird
fish
cicak
ayam
cat meow
tiger siap ngan bunyi aummm...
menari bila dgr lagu berkumandang, tapi ikut mood jugak.. paling suka dgn iklan kartun n kanak²...
tapi blom complete lagi bab panggil ibu dia yg shomot ini ... still "habu" jugak bunyinya... hahahha

Pun sudah boley kenal dgn org² yang rapat dgn dia..dan boleh tunjuk sorang-sorang bila kita tanya kat dia.. dah boleh jugak sket² tau tentang anggota badan, tanya jer terus la tunjuk dgn jari alusnya itew... geram nak geget sokmo rase...

dia dah faham apa yg kita cakap pada dia..

Adek ya..jom mandi-masa ni dia dah tarik-tarik baju n suar nak buka...
ajak mandi kolam, terus cari pelampong merah dia..

Adek ya.. mana bird- terus dongak langit cari bird

Adek ya.. mana fish- terus cari fish menan dia..bagi kat tgn kita

Adek ya....nak makan tak - terus cakap mamam..mamam...sambil tu kunyah kunyah mulut... suweeeet sgt...

Adek ya....mana lampu- tunjuk lampu sambil sengih nampak gigi sponge bob

Adek ya..kipas mana- tunjuk kipas sambil tgn pusing-pusing....hahaha

dia dah boleh jalan tapi laju dan berdesup peginya...kekadang wat² manja merangkak pulak mcm baby beso... hihih
Bila habu dia turun muto/kereta nak keje..dia dah pandai menjerit nangis...alahai... tapi itu kekadang jer la, biasanya akan angkat tangan n say babai kat 'habu' nih... alahai anak... kan seronok kalu habu ada x kijer, dok kat umah melihat kau membesar didepan mata..

ok ..itu je kot perkembangan adelia yg terkini....

Hikmah menyusukan bayi

KEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.

Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.

Soalan-soalan seperti “Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak” atau “adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi”, adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.

Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.

Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak.

“Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

“Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut ‘kembang’ atau vagina tidak segar dan longgar,’’ katanya.

Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.

Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari.

Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.

Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.

Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi.

“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.

“Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,’’ ujarnya lagi.

Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.

Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.

Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.

Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.

Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.

Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat.


Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

MASIH BANYAK LAGI HIKMAH2 YG TERSURAT DAN TERSURAT...
IBU2 DI SINI SUNGGUH BERUNTUNG KERANA TELAH MENYEDARI KEBAIKAN SI- UNTUK BAYI DAN UNTUK DIRI SENDIR

Tuesday, February 9, 2010

Layanan mesra pejabat tanah

PADA 27 Januari lalu, kami cucu waris tanah pesaka datuk nenek datang ke Pejabat Tanah Batu Pahat bagi tujuan perbicaraan pembahagian tanah harta pesaka. Kami datang terlewat, maklumlah dari Johor Bahru, Perak, Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka.

Bila datang ke kaunter, pegawai kaunter memberi layanan yang mesra dan memuaskan. Penerangannya nyata dan jelas. Dokumen yang diperlukan disemak dan tepat pada kehendak tuan hakim.

Bila perbicaraan dijalankan, hakim itu yang bersifat 'mesra pelanggan', memudahkan pembahagian harta pesaka, penerangannya kepada saksi sungguh tepat, jelas dan faham segala-galanya. Syabas kami ucapkan.

Kecekapan tuan hakim dan pegawai di kaunter amat dihargai, semoga Allah memberi berkat di dunia dan akhirat.

WAK LEMAN,
Parit Bengkok,
Masai, Johor.


% Hilang penat panjat opis tinggi² kan n drive jauh² kan.... Staf layan baek punya... Hanya Tuhan yg akan membalasnya... Tak rugi langsung berbuat baek sesama insankan.. Diri ini juga akan sentiasa cuba memberikan servis yg terbaek kpd yg memerlukan bantuan... Pernah jugak terkena dgn mike² yg kurang asam jawa@kurang AJARannya... SAbor aje laa.. Tuhan ajer la yg tau...
Singgah ke klinik jap, cari obat fungal abah... mujur ada stok nya... Tadi balik umah, adek tgh titun lagi.. Itu baru 1st trip tu... Dah kat 2 jam lebih dia tido, ku suakan juga nenen, mungkin dek kerna kenal bau ibunya, dia celik mata bulatnya terus... :-) Nenen la dia disamping bondanya, sekarang dah pandai main geget² pulak... waduhhh²... Tindakan dan tindak tanduk ku adalah dgn menekapkan mukanya kat nenen... kasi dia lemas sket... otometik dia akan lepaskan... hihihiih... itu taktik yg diperturunkan oleh mak kepadaku... memang berkesan... :-)

Ku sedang bertungkus lumus menyiapkan perihal tugasan serta dokumen bagi urusan bayaran kpd vendor² yg berkenaan..

En. Somi, congrat menang game smlm di J.11, congrat sama anak buah²an jugek setelah berjaya membelasah J.9. Acik tompang gumbirer dek.. Ngambooo!!!

RATU Permata Hati: Tabiat menghisap jari tidak mudarat

SEMEMANGNYA saya susah hati bila melihat bayi perempuan saya Naily Hanani yang kini berusia tujuh bulan mempunyai tabiat menghisap jari. Tiga anak saya sebelum ini tidak mempunyai tabiat sebegitu.

Naily akan menghisap dua jari. Jari hantu dan jari manis sebelah kanannya khususnya ketika melayan lena. Sewaktu saya mengandungkannya saya berpeluang melihat aksi dia menghisap tangannya ketika doktor melakukan ujian ultra bunyi.

Pada ketika itu saya sangat teruja kerana ia adalah pengalaman pertama saya melihatnya menjadikan saya langsung tidak hairan apabila selepas dilahirkan, anak saya menyambung tabiat menghisap jarinya itu. Bagi saya ia sungguh comel!

Saya fikir tabiat ketika dalam kandungannya itu hanya diteruskan untuk beberapa bulan saja, tetapi nyata sampai ke hari ini.

Sebetulnya saya dan suami kurang selesa, sebab ada anak saudara kami suka hisap jari sampai usia enam tahun! Malah teringat saya ada kawan di sekolah menengah dulu, yang gemar menghisap jari dan menunjukkan kepada saya “Inilah jari aku bila gemar hisap jari. Gemuk dan pendek,” katanya. Ngeri saya melihatnya.

Dan, sudah tujuh bulan juga puas kami ketepikan jemari itu daripada terus masuk ke dalam mulutnya, termasuk kakak dan abangnya yang akan menepis jemari kecilnya itu, tetapi ternyata Naily pun pandai. Bila dimasukkan ke dalam buaian, dia akan meniarap dengan muka ke sebelah bawah. Nah! tiada siapa boleh bawa keluar jarinya itu lagi. Maka waktu itu dia akan seronok menghisap jemarinya sampai lena, dan selalunya keluar bunyi nyot... nyot, tanda begitu bersungguh-sungguh. Malah kalau terjaga daripada lena pun, dia akan sepantas kilat menghisap jari itu.

Ada teman sepejabat mengatakan tabiatnya akan menyebabkan lelangit bayi tinggi dan turut menyebabkan gusinya naik ke atas dan sekali gus memungkinkan giginya tidak tersusun elok. Memberinya puting susu semata-mata, pun saya tidak gemar.

Bagaimanapun, laman kesihatan kanak-kanak yang saya layari baru-baru ini ‘about our kids’, melegakan saya. Ia menyebut tabiat itu tidak akan menjejaskan pertumbuhan giginya dan hanya bersifat sementara. Kata laman itu, setiap bayi sebenarnya mempunyai sifat ingin menghisap secara semula jadi.

Didapati, keinginan untuk menghisap paling tinggi antara satu hingga satu setengah jam selepas bayi dilahirkan. Atas alasan itulah, ibu digalakkan memulakan penyusuan susu ibu seawal yang mungkin.

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Laman itu menyebut, bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa.

“Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun,”.

Maknanya saya perlu tunggu lagi dua bulan melihat hasilnya. Alhamdulillah.

Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85 hingga 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini.

Justeru, saya fikir saya dan ibu-ibu yang menghadapi masalah sebegini tidak perlu susah hati lagi. Kata orang tua-tua, kalau anak suka hisap jari, caranya mudah. Letakkan benda-benda pahit pada jari yang suka dihisapnya itu, sudah pasti dia akan berhenti! Nampaknya kalau tabiat itu diteruskan ke usia lebih empat tahun, saya sanggup lakukannya.

INFO: Hisap jari



Lebih tiga suku bayi gemar menghisap jari sehingga ke usia setahun.


Tabiat ini dilakukan lantaran rasa seronok, dan mententeramkan diri sendiri dan tidak boleh dikaitkan dengan masalah emosi lain.


Pakar kanak-kanak bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.


Bagaimanapun kira-kira 15 peratus kanak-kanak akan terus menghisap jari selepas usia lima tahun dan dalam keadaan inilah ia boleh mencetuskan masalah perhubungan sosial dengan rakan sebaya apabila sudah masuk sekolah.


Tabiat ini boleh mencetuskan masalah gigi apabila berlanjutan sehingga lima tahun, bila gigi dewasa mulai mengambil alih gigi susu. Ia dikatakan boleh menjejaskan masalah mengunyah dan masalah lain kepada jari seperti kulit kering dan jangkitan kuman.

Rahsia di sebalik kewajipan solat

IBADAT solat difardukan ke atas setiap Muslim bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap pencipta-Nya Yang Maha Esa. Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.
Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.
Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Masjid Umar Al-Khattab telah menganjurkan seminar 'Solat dari Perspektif Sains' di Bukit Damansara pada 23 Januari lalu.
Program tersebut telah menghimpunkan seramai 200 orang hadirin yang terdiri daripada saudara Muslim, mualaf dan penduduk setempat.
Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim Asmuji yang juga selaku Ketua Unit Dakwah Penyelidikan berkata, program tersebut telah memberi pengetahuan kepada peserta cara dan. kaedah menyempurnakan ibadah solat dengan pergerakan serta postur badan yang betul ketika bersolat.
"Ia ini juga mendedahkan peserta kepentingan penjagaan kesihatan, sekali gus menerangkan kebaikan solat dalam penjagaan kesihatan yang betul yang telah terbukti melalui alatan-alatan yang digunakan dalam kajian solat yang telah dijalankan.
"Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan.
"Program ini juga menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi," kata Mustaqiim.
Selain itu tambahnya, para peserta juga diberi peluang untuk melakukan teknik-teknik pergerakan solat yang betul dalam 13 rukun yang dipimpin oleh penceramah undangan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Wan Mansor Abdullah selaku Pengerusi Masjid Umar Al-Khattab.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim telah menyampaikan empat modul kepada peserta antaranya adalah 'Komposisi Badan'. Komposisi badan ketika dalam keadaan rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan salam dapat menghasilkan keputusan rawatan pada otot, pelancaran aliran darah, membantu proses pengepaman jantung dan melancarkan aliran darah ke otak.
Solat umpama senaman ringan dan berpuasa juga umpama diet yang baik kerana aktiviti ini boleh meningkatkan kadar pembakaran badan dan menurunkan kolestrol badan serta dapat menghindar penyakit jantung dan kegemukan.
Modul 'Solat dari Perspektif Sains kepada Jantung' pula menekankan sujud kerana ia adalah postur yang terbaik untuk kesihatan jantung kerana keadaan ini adalah sesuai dengan tarikan graviti yang akan mengakibatkan lebih banyak darah mengalir ke otak dan menjadikan otak lebih sihat dan cergas.
Pergerakan solat juga disyorkan kepada pesakit kardiovaskular sebagai suatu senaman iaitu dengan bersolat selama 30 minit yang bersamaan 12 rakaat bagi setiap hari untuk mendapatkan kesan yang efektif.
Kajian telah membuktikan bahawa kadar denyutan jantung adalah paling rendah pada kedudukan sujud ini adalah kerana nada jantung yang nominal adalah baik untuk jantung dan nilai prognostik denyutan jantung dalam populasi yang sihat juga menjadi penentu kepada faktor risiko penyakit kardiovaskular.
Modul 'Terapi Sakit Pinggang' pula telah dibuktikan dengan melampirkan beberapa kajian analisis yang dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawat sakit pinggang dengan kaedah bersolat. Postur dan pergerakan solat boleh digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang bukan sahaja kepada pesakit pinggang yang kronik tetapi juga disyorkan kepada wanita mengandung.
Keputusan analisis kajian telah menunjukkan peningkatan dan kesan positif kepada pesakit mati pucuk selepas melakukan solat dalam penerangan Modul 'Terapi Mati Pucuk'. Pergerakan solat juga melancarkan perjalanan darah di sekitar otot lantai pelvik untuk pemulihan ke atas pesakit.
Majlis diserikan lagi dengan majlis penutup dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Abdul Hanif Harun.

Thursday, February 4, 2010

Siap siaga kita.. :-)

Ku sdg bertugas taktala entry ini dilayangkan...
Inbois² dah semakin membiak & bermaharajalela atas meja... harus ku tulun kerjakan ia... huhuuuhuu.. Siap kauuu!!!
Dijadualkan abis duty kol 3 nih, sekejap benar masa berlalu espeseli ari ini yg digelar sbg 'Penghulu Segala Hari'.. :-)
Kad undangan perutusan raja sehari dah meriah jugak kat umah n dlm laci opis..
Mana 1 la akan kepergian... ntah ler...
btw, tahniah kepada kalian, selamat menjalani fasa baru dlm hidup kalian.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat ada.. ameen...
InsyaAllah kami sekuage akan gerak pulang ke umah tok ptg ni...
Lama dah adek tak jumpe tok kan... Ku sempat jumpe malam ahad lepas, singgah sat time pulang dr setiu agro resort... itu pun sekejap jer, kerana nak kejarkan si comelku di umah mak. Tak keruan rasa hati, rindu benar hati kecik yg kudus ini taktala musim itu...
Trillion thanx pada asben, mak n abah yg bersusah payah / bersengkang mata menjaga/ melayan anak dara sorang tu....

Ulul Albab: Pengetahuan dimiliki manusia sangat terbatas

Menerima apa jua ketentuan Allah di situ letaknya keilmuwan, menolak ketetapan bererti kejahilan

SEPERTI biasa, sebelum menulis artikel dalam ruangan ini, penulis pada setiap Jumaat pagi kerana di Brunei Jumaat dan Ahad adalah hari libur bagi perkhidmatan awam, membaca akhbar langganan penulis, Borneo Bulletin. Di muka surat 29 akhbar berkenaan pada Jumaat lalu ada satu laporan Reuters yang menyebut Presiden Argentina, Christina Fernandez menemukan satu alternatif untuk menggantikan ubat viagra bagi kepentingan 'urusan' rumah tangga. Yang menjadi perhatian penulis ialah alternatif yang dimaksudkan Presiden itu ialah 'khinzir' sehingga membuat penulis untuk berucap qul a antum a'lamu amillah (Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah?") sepotong ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 140.

Presiden dalam laporan itu berkata: "I've just been told something I didn't know; that eating pork improves your sex life...I'd say it's a lot nicer to eat a bit of grilled pork than take viagra." Beliau menyatakan kenyataan ini selepas beliau mengiktiraf selalu berasa seronok menjalani hujung minggu bersama suaminya selepas menikmati barbeku khinzir. Subhanallah!

Kita tidak akan membincangkan apa yang berlaku selepas itu di sebuah negara Amerika Latin, negara asal Maradona. Tetapi yang akan disentuh di sini ialah inti ucapan Presiden yakni daging khinzir sebagai alternatif padahal menurut Pencipta seluruh makhluk termasuk Presiden itu yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah didakwahkan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah." (Surah al-An'am: 145)

Allah SWT bersifat Maha Mengetahui dan pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu, tiada yang tersembunyi daripada-Nya. Dia mengetahui apa yang berlaku, sedang berlaku, dan yang akan berlaku. Dalam al-Quran, sifat maha tahu Allah disebut sebanyak 162 kali dan pengertian 'ilm' atau 'mengetahui' menurut ahli bahasa menjangkau sesuatu sesuai dengan keadaan sebenarnya.

Saidina Ali ra dalam Nahj al-Balaghah menyatakan: "Tidaklah ada yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah meskipun setitis air, tidak pula bintang di langit, hembusan angin di angkasa, rambatan semut pada waktu malam yang kelam. Sesungguhnya Allah mengetahui daun-daun yang berguguran dan tersembunyinya gerakan mata."

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah?" difirmankan Allah untuk menolak dakwaan orang Yahudi dan Nasrani yang mengatakan bahawa nabi dan rasul sebelum Rasulullah beragama Yahudi atau Nasrani. Secara utuh ayatnya berbunyi maksudnya: "Atau patutkah kamu mengatakan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Yaakob berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."

Pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu seperti ditegaskan dalam satu ayat yang bermaksud: "(Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi setiap sesuatu, tidakkah kamu (insaf) mengambil pelajaran?" (Surah al-An'am: 80)

Pengetahuan Allah meliputi segala aktiviti zahir dan batin. Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. Bahkan Dia mengetahui segala sesuatu yang akan berlaku sebelum ia berlaku. Demikian luasnya pengetahuan Allah sehingga tidak satu makhluk pun yang boleh mengukur atau mengira ilmu-Nya. Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (Surah al-Kahfi: 109)

Sebaliknya, pengetahuan yang dimiliki manusia sangat terbatas. Bahkan pengetahuan itu adalah kurnia pemberian Allah SWT. Kita selalu membaca sebuah ayat yang diucapkan malaikat yang bermaksud: "Maha Suci Engkau (Ya Allah) Kami tidak mempunyai pengetahuan, selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Baqarah: 32).

Dengan sifat manusia yang memiliki semua keterbatasan, maka sudah sewajarnya mereka tidak menyombong diri, berasa kuat dan megah bahkan meremehkan ketentuan dan peraturan Allah. Sebagai manusia, kita mesti reda dengan qada dan qadar Ilahi yang mengetahui baik buruknya apabila ia mengenai kita. Saidina Umar pernah berkata: "Inilah aku. Tidak pernah aku menuntut, malah aku menikmati apa yang sudah ditetapkan dalam qada."

Peraturan dan ketetapan Allah dalam apa jua aspek kehidupan manusia mesti kita junjung tinggi dan menerimanya dengan keterbukaan dan lapang dada. Sebagai contoh, dalam aspek penyerahan diri manusia sepenuhnya kepada Allah ketika ditimpa musibah ada baiknya kita melihat apa yang berlaku terhadap Urwah bin Zubair, seorang sahabat Nabi. Ketika kaki beliau dipotong dan pada masa sama anaknya meninggal dunia, beliau berkata: "Yang Allah, segala puji bagi-Mu. Jika hari ini Engkau mengambil, maka sebenarnya dulu Engkau telah memberi. Jika kini Engkau mendatangkan cubaan, maka sesungguhnya dulu Engkau telah memberikan keselamatan. Engkau telah kurniakan empat anggota tubuh kepadaku (kaki dan tangan), namun Engkau hanya mencabut satu daripadaku. Engkau kurniakan padaku empat orang anak dan Engkau hanya mengambil seorang di antaranya."

Seorang mukmin yang mampu memahami dan meneladani sifat Maha Mengetahui Allah dalam kehidupan seharian akan memiliki sejumlah karakter positif antaranya: Memiliki semangat belajar yang tinggi. Dia akan selalu haus terhadap ilmu pengetahuan kerana dia sedar bahawa belajar adalah keperluan hidupnya. Bahkan belajar adalah ibadat yang bernilai pahala; Tidak menjadi ilmuwan yang sombong kerana dia menyedari bahawa ilmunya adalah anugerah Allah yang mesti dimanfaatkan. Dia menyedari hadis Nabi bermaksud: "Siapa yang menuntut ilmu untuk bermegah-megah/menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan ilmuwan atau untuk berbantah-bantahan dengan yang jahil, maka dia di neraka." (Hadis riwayat al-Tirmizi); Menjadi manusia yang bermanfaat dan berguna bagi masyarakat. Dia tidak akan mensesiakan ilmunya melainkan dengan mengamalkannya seperti Baginda Rasulullah dalam doanya yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, dari diri yang tidak kenyang; dan dari doa yang tidak dimakbulkan." (Hadis riwayat Muslim)

Akhirnya, ketika kita menerima apa jua ketentuan Allah di situlah letaknya keilmuwan kita. Tetapi sebaliknya, ketika kita menolak apa jua ketetapan Allah di situlah letak kejahilan kita. Pythagoras pernah berkata: "Jika engkau tidak sanggup menahan penat belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan." Wallahualam

Rahsia Telaga Emas Pintu-Pintu Rezeki

Tajuk: Rahsia Telaga Emas Pintu-Pintu Rezeki
Pengarang: Imam Muhammad Mutawally Asy-Sya'rawi
Penerbit: Jasmin Publications
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM48.50

MAKANAN yang dimakan adalah rezeki, minuman menghilangkan dahaga adalah rezeki, pakaian menutup aurat adalah rezeki, sifat tercipta daripada kesabaran, kebijaksanaan dan keberanian juga rezeki dikurniakan untuk dimanfaatkan.

Pintu rezeki Allah terbuka luas bagi mereka yang rajin berusaha mencari serta menambah rezeki untuk keluarga. Namun, dalam kita merebut peluang itu, adakah terlintas di hati rezeki diperoleh daripada sumber halal dan menjanjikan keberkatan.

Buku Rahsia Telaga Emas Pintu-Pintu Rezeki bukan saja mengemukakan cara mencari rezeki tetapi turut membincangkan pelbagai faktor mempunyai kaitan dengan rezeki sebagai petunjuk untuk mengkayakan diri mengikut landasan yang betul.

Buku setebal 753 halaman ini membongkar rahsia, doa dan penyebab kemurahan rezeki untuk diamalkan. Ada juga doa untuk mengelak hutang serta kesusahan hidup.

Antara diketengahkan ialah kunci kepada pintu rezeki yang dihujahkan secara terperinci, dimulakan dengan iman, takwa, tawakal, istighfar, istiqamah, syukur, sedekah, doa dan banyak lagi amalan perlu diberi perhatian bagi mendapat rezeki halal.

Hakikatnya, mencari kekayaan tidak dilarang tetapi caranya hendaklah betul dan menjaga dua perkara iaitu mengambil daripada jalan yang halal serta dinafkahkan pada haknya. Tambahan, dalam dunia yang mengejar kekayaan, ramai terlupa menjaga sumber rezeki mereka.

Oleh itu, buku Rahsia Telaga Emas Pintu-Pintu Rezeki yang menghimpunkan bahan bacaan untuk dijadikan panduan mencari rezeki mengikut amalan disarankan serta pada masa sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

cekidaut at Al-Bukhari Khutub Khana

Manusia beriman diberkati

DEMI keagungan, kebesaran, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, setiap hamba yang mendahulukan kedudukannya daripada kedudukan-Ku, pasti Aku cerai-beraikan urusannya, Aku kacaukan dunianya, Aku sibukkan dan Aku letakkan hatinya hanya dalam urusan keduniaan, dunia tidak mendatanginya kecuali apabila yang Aku tentukan baginya.

Demi keagungan, kebesaran, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, setiap hamba yang mendahulukan kehendak-Ku daripada kehendaknya pasti aku perintahkan malaikat menjaganya.

Aku jamin langit dan bumi sebagai tempat mencari rezekinya, Aku menyertai setiap urusan dan perniagaannya serta dunia akan datang sambil merendahkan diri padanya (Hadis Qudsi).

Toleransi bukan sampai gadai maruah Islam

BERMULA dengan berita sedih dari selatan tanah air iaitu kemangkatan Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar dan ini kemudiannya disusuli pemasyhuran anakanda baginda Tunku Ibrahim sebagai Sultan Johor. Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima dan mengangkat sumpah jawatan serta berikrar mempertahankan Islam pada setiap masa.

Upacara itu dilaksanakan dalam keadaan yang amat dukacita kerana kemangkatan Almarhum ayahanda baginda disusuli dengan baiah rakyat yang diketuai Menteri Besar Johor yang melaungkan ‘Daulat Tuanku’ kepada Sultan yang baru. Seterusnya putera sulung Sultan Ibrahim pula dilantik menjadi Tungku Mahkota Johor bagi memenuhi susur galur warisan diraja Johor .

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke Jerman bagi menjalani rawatan pula membawa kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama ketiadaan baginda. Baginda Pemangku Yang di-Pertuan Agong juga bersumpah menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan manakala di Kedah pula jemaah pemangku Raja dilantik bagi menjalankan tugas Sultan semasa baginda memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong itu. Ketika ketiadaan Sultan Kedah, Jemaah Pemangku Raja inilah yang menjalankan tugas Sultan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri .

Di Pahang pula, Tengku Mahkota Pahang bertitah berjanji akan menyelesaikan kes Kartika Sari Dewi dalam masa sebulan. Baginda juga bersedia berjumpa Kartika bagi mendengar keluhan rasa hati dan permasalahan Kartika dan kenapa hukuman sebatan syariah terhadap beliau belum dilaksanakan lagi.

Sebatan syariah yang amat berbeza daripada sebatan sivil itu sering kali disalahertikan oleh pelbagai pihak. Walaupun sudah banyak penerangan diberikan mengenai sebatan syariah itu, ia bagai mencurah air di daun keladi.

Di Kuala Lumpur pula, Mahkamah Tinggi Sivil memutuskan keputusan Pemangku Raja Kelantan tidak boleh diadili oleh Mahkamah. Ia berada di dalam bidang kuasa Majlis Perajaan Negeri dan tidak boleh di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Ketegasan Sultan Selangor umpamanya mempertahankan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama mereka adalah manifestasi fungsi Raja-Raja Melayu masih tidak boleh dipinggirkan. Sultan Selangor langsung tidak berganjak dengan pegangan itu walaupun beberapa ahli politik di kalangan kerajaan atau pembangkang mendahului baginda dalam isu ini. Isu berkaitan kalimah Allah adalah isu besar yang boleh menggugat akidah umat Islam. Keprihatinan Sultan Selangor itu memang kena pada tempatnya dan sejajar dengan fungsi baginda sebagai Ketua Agama Islam.

Semua perkara di atas menunjukkan bahawa institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia masih lagi utuh. Ia hidup dan perlu dipertahankan. Kita perlu ingat bahawa tanah air kita ini bukan saja mempunyai majoriti rakyat berbangsa Melayu beragama Islam, malah yang lebih utama lagi ialah warisan sejarah yang tidak putus sebagai daulah Islamiyah dalam bentuk Kesultanan Melayu. Oleh yang sedemikian, kedudukan dan hak istimewa Islam dan warisan Melayu adalah suatu jalinan yang tidak dapat dipisahkan.

Tidak ada salahnya bersikap toleransi kepada bangsa lain, namun begitu saya tertarik dengan catatan Suzana Othman dalam bukunya bertajuk Ketuanan Islam-Pertuanan Raja Raja Melayu yang berbunyi ‘Wahai saudaraku! Atas nama muhibah, kesatuan dan perpaduan kaum, maka kalau nak bersayang, bersayanglah! Kalau nak berkasih, berkasihlah. Kalau nak berjanji setia, silakanlah! Tapi waspadalah, jangan sampai sayang kita kepada mereka menjadi keterlaluan sehingga sanggup membiarkan maruah diri diinjak-injakkan, jangan sampai kasih kita kepada mereka melampau-lampau sehingga sanggup menikam bangsa sendiri dari belakang, jangan sampai sanggup berjanji setia sehingga lupa batasan, sehingga agama Islam yang menjadi warisan dan junjungan leluhur bangsa tergolok tergadai dek terikut-ikut sangat pada tuntutan-tuntutan mereka yang semakin hari semakin menjadi-jadi.’

Dalam hal yang demikian Raja-Raja Melayu dan rakyat jelata adalah elemen yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain bagi menjadi teras atau jati diri bangsa Melayu Islam. Orang Islam di Malaysia sudah tentu mendambakan Raja-Raja Melayu menjadi benteng akhir mempertahankan agama Islam.

Selain Raja-Raja Melayu juga pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab berperlembagaan bagi mempertahankan Islam.

Raja, kerajaan dan rakyat perlu sama-sama berganding bahu mempertahankan kedudukan Islam di bumi Malaysia.



Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my

Atas apa juga nama dan alasan kedudukan ini tidak boleh dikompromi kerana ia akan hanya memusnahkan jati diri negara yang bertunjang kepada agama Islam. Orang Melayu memang terkenal dengan sikap toleransinya kepada bangsa lain.

Sudah begitu lama Kartika menunggu hukuman dilaksanakan terhadapnya, namun atas sebab-sebab yang tidak dipastikan, ia tidak dapat dilaksanakan. Janji Tengku Mahkota Pahang amat dinantikan Kartika dan saya difahamkan sekarang ini Kartika sedang berusaha mendapatkan tarikh sesuai bagi berjumpa baginda membincangkan isu pelaksanaan hukuman sebatan syariah ke atas beliau.

Selain Raja-Raja Melayu juga pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab berperlembagaan bagi mempertahankan Islam. Ini adalah disebabkan ikrar Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa mestilah dipenuhi oleh pihak Kerajaan. Ikrar ini adalah suatu penyataan tegas yang perlu diiringi dengan kesungguhan dan komitmen tinggi untuk direalisasi kerana keabsahan ikrar ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi .