Thursday, February 4, 2010

Anak kencing malam

DUA hari lalu baru saja tilam dan selimut dicuci. Belum pun lagi sempat kering, semalam satu lagi tilam dan selimut yang perlu dicuci. Keadaan itu sudah tentu memenatkan. Tidak hairanlah jika ada ibu bapa merungut dan berasa tertekan apabila berdepan dengan kerenah anak yang kencing malam.

Hendak memarahi anak selalu, mungkin ada ibu bapa berasa serba-salah kerana mereka percaya, pasti kanak-kanak itu juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku.
Hakikatnya, kencing malam adalah masalah yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak apabila mencapai usia enam tahun ke atas, mereka biasanya tidak mempunyai masalah kencing malam lagi.

Berdasarkan kajian, seorang daripada setiap enam kanak-kanak akan kencing malam pada usia lima tahun, manakala satu antara 14 kanak-kanak masih kencing malam pada usia tujuh tahun.

Pakar Perunding Kanak-kanak Dr Norrashidah Abdul Wahab, berkata 95 peratus kanak-kanak kencing pada waktu malam selepas berumur 10 tahun, manakala bagi kanak-kanak berumur tiga tahun pula adalah normal sekiranya mereka masih kencing waktu tidur.

No comments:

Post a Comment