Luangkan masa baca sehingga habis, manfaat nya terlalu banyak....sekadar
ingatan utk diriku dan org2 yg tersayang..salam
Belajarlah Untuk Berkata Cukup
"Oleh: Abu Naqibah
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon
utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah
satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan
pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan
seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah
la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke
satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum
ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer
dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang
kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't
know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut
diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang
maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara
yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,
tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,
kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu
Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang
bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang
hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat
kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala
nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat
anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya
katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika
sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,
petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci
Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar
bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on
the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita
tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa
mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut
mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,
dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.
Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji
RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa
tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi
bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup
juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan
Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2
terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah
maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,
duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.
Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap
dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab
tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke
tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia
hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong
adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam.-..
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini
kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah
kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ....."
" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada
dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "
Pagi tadi...
38 minutes ago
No comments:
Post a Comment