Siapa Qarin?
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu ada Qarin drp. bangsa jin, dan juga Qarin drp. bangsa malaikat." Mereka bertanya, 'Engkau juga ya Rasulullah.' Sabdanya : "Ya aku juga ada,tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Qarin adalah jin yg dicipta Allah swt. sebagai pendamping manusia.Jin kafir ini akan menjadi teman kita ke mana saja kita pergi, baik malam atau siang , mengajak kita mengerjakan kejahatan. Qarin akan membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Qur'an dll. Ia bekerja kuat unt. menghalang dampingannya membuat ibadah, kebaikan dan ketaatan kpd Allah swt.
Utk. mengimbangi usaha Qarin ini, Allah swt. mengutuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan
mengajak membuat kebaikan. Terpulanglah pada setiap orang membuat pilihan mengikut pengaruh mana yg lebih kuat. Orang-orang Islam mampu mengusai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah.Caranya dgn membaca "Bismillah" sebelum memulakan sesuatu pekerjaan,banyak berzikir, membaca Al-Qur'an serta taat melaksanakan perintah Allah swt.
Qarin akan berpisah dgn. "kembarnya" apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di Alam Barzakh dan Qarin masih hidup kerana umurnya panjang. Apabila tiba hari akhirat nanti, kedua-dua akan dihadapkan
ke hadapan Allah swt. utk diadili. tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggung jawab atas kesesatan atau kederhakan manusia.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment