Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,
jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan
tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.
hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati
roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling
mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi
sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga
sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing. Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah,
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al
sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah
dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al
sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat
'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk
menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan
terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat
menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan
dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam
di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah
yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar.
Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak
diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau 1/4 masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan
apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya
tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,
mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah
membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit
perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada
buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah
syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit
buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak
sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah
dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada
makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah
Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis
minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan
memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar
atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit
kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan
perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.
Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur
terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.
Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta
penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu,
dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika
perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu
yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga
(spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti
adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk
perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan
menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan
orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak
akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara
sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat
panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing
jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram
dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai
makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai
adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang
memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa
yang kukunya mencengkam dan menyangkuk
Tuesday, June 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment